oleh: yani
Bagel
yani@myresipi.com
2nd version.
Created on :
02-08-2007
Bahan-bahan ( 4 biji )
- 200g tepung roti
- 2 sudu besar gula halus
- 2/3 sudu kecil garam
- 2/3 sudu kecil dry yeast
- 120ml air suam
Cara-cara
-
Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk. Garam biar jauh sikit dr yis. Masukkan air. Uli sehingga doh lembut. Anggaran masa- 2 minit(doh keras), 5 minit- doh akan jadi licin, 5 minit lagi- doh jd lembut.
-
Bahagikan doh kpd 4 bahagian. Lepas tu, tutup dengan kain lembab dan rehatkan selama 5 minit.
-
Ambik sebiji. Canaikan seperti dalam gambar.
-
Kemudian gulung memanjang
-
Pastu getel biar jadi panjang lebih kurang 24-25cm.
-
Tekan pada satu bahagian hujung. Biar jadi leper.
-
Ketemukan dua hujungnya.
-
Rapatkan kedua-dua hujung. Biarkan bercantum
-
Tutup dengan kain lembab. Biarkan naik 2 kali ganda- Lebih kurang 40-45 minit.
-
Panaskan oven sehingga 210 degree. Dalam fry pan, panaskan air sehingga mendidih. Perlahankan api. Masukkan 1 sudu besar madu. Masukkan pula bagel tadi. Biarkan bagel terendam air selama 30 saat utk setiap permukaan.
-
Bakar bagel selama 13 minit.
-
Boleh tambah pelbagai rasa ikut selera. Bagel dgn bijan
-
Bagel dengan bijan hitam dan cheese