oleh: Ringo Genovese Sos dengan Pasta

Img_6282

resipi dari cookpad.com yang telah diubahsuai sendiri.


Created on : 22-07-2007

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • pasta secukupnya
  • garam secukupnya
  • ---bahan untuk sos---
  • 30gm daun basil
  • 50gm pinenuts
  • 1 ulas bawang putih (buang bahagian tengah dan cincang sedikit)
  • 3 keping anchovy fillet (I guna yang dalam olive oil)
  • 1 biji tomato (belah, buang biji)
  • 100ml extra virgin olive oil
  • 30gm parmesan cheese
  • untuk hiasan - sedikit parmigiano (optional)

Cara-cara

  1. Didihkan air secukupnya untuk merebus pasta.
  2. Goreng pinenuts tanpa minyak sebentar (2,3 minit).
  3. Masukkan garam kedalam air mendidih dan rebus pasta. Rebus setakat "al dente" ataupun sedikit keras dengan tutup api lebih awal lebihkurang 1 minit dari yang disyorkan pada bungkusan.
  4. Sementara menunggu pasta masak, masukkan semua bahan untuk sos kedalam food processor dan pulse sampai hancur.
  5. Toskan air dan terus gaul dengan sos.
  6. Img_6286
    Hidangkan segera dengan parutan parmigiano sebanyak kesukaan anda.
  7. sos ini boleh disimpan didalam peti sejuk selama seminggu dengan diletakkan didalam botol ditutup permukaan dengan olive oil untuk menghalang basil bertukar warna.