oleh: alma
Karipap Kobis
alma@myresipi.com
bhn doh boleh dlm pelbagai versi tp saya prefer guna doh pastri. begitu juga dgn intinya, boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing2...
Created on :
06-07-2007
Bahan-bahan ( 8-10 biji - utk 3 lapis )
- *---- Inti ----*
- 200g daging ayam cincang (minced chicken meat)
- 2-3 ulas bawang kecil (shallot)
- 2 ulas bawang putih (garlic)
- 1-2sdb cili kisar (kurang/tambah ikut tahap kepedasan yg disukai)
- ½ sdk serbuk jintan putih (cummin powder)
- ½ sdk serbuk jintan manis (fennel powder)
- Garam & gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Sedikit telur utk doh pastri lapis kedua & ketiga (atau seterusnya) >> ni optional sbb utk tujuan bg yg dlm tu melekat tp kalau x nak pun x pe.
- *---- Doh pastri ----*
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sdb pastri marjerin
- Sebiji telur (gred C)
- Sedikit air (ikut kelembutan doh)
Cara-cara
-
*---- Inti ----* Kisar/tumbuk bawang merah & putih. Kemudian, dalam satu bekas, campurkan bhn2 kisar ini dgn cili kisar, cumin & fennel. Gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan kesemua campuran bhn2 td, bila naik bau, masukkan minced chic meat. Kacau2. Perasakan dgn garam & gula. Masak daging hgga empuk (tmbh sedikit air jika terlalu kering sbb better lembab2 sket). Dah masak tu angkat lah, then buat doh pastri lak.
-
*---- Doh pastri ----* Dgn mengguna hujung jari shj, gaulkan tepung & pastri marjerin hgga jd serbuk roti. Pecahkn telur dlm bekas berasingan, kacau sedikit sblm dimasukkan ke dalam bekas tepung td.Uli smbil tmbhkan air sedikit demi sedikit (guna sudu) hgga adunan doh jd lembut, licin dan boleh dicanai.
-
*---- Karipap lapis pertama ----*: ambil sedikit doh (saiz kecil sbb ini bhg paling dlm), canaikan nipis sket, kemudian masukkan inti td dan punjutkn kemas2. Saiz tu agak2 sbb ikut lah brp lapis nk buat (kebiasaannya saya buat max 3 lapis sbb tak nak besar2, tapi kalau suka boleh buat hgga 4/5 lapis). Lepas tu, panaskan minyak dan goreng separuh masak, dgn api sederhana, kemudian angkat.
-
*---- Karipap lapis kedua ----*: ambil sedikit doh (saiz lebih besar sedikit dr yg pertama td), canaikan nipis sket, letak sket telur kemudian letak inti. Pastu, ambil satu punjut yg dah goreng td, letak atas inti dan punjut kemas2 lapisan kedua tu (menyaluti yg pertama). Kemudian goreng ½ masak lapisan kedua tu, then angkat.
-
*---- Karipap lapis ketiga ----*: Ulangi proses yg sama dgn lapis kedua tp saiz doh yg lebih besar sedikit. Goreng hingga masak.
-
Belah dua atau empat – baru leh nampak bentuk ala2 kobis tu :)