princessharyati@myresipi.com
tak ingat nama resepi, tgk rancangan martha, salin resepi, try buat pastu mkn memang sedap.
Created on :
28-06-2007
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
- 4 biji telur (ambil putih sahaja)
- 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar tepung jagung
- Secubit garam
- Bahan hiasan;
- Pisang/strawberry/blueberry etc
- Choclate syrup atau apa2 perasa yg u all suka
Cara-cara
-
Adunan 1- Pukul putih telur sehingga kembang (bila terbalik tak kan jatuh) , masukan gula , esen vanilla dan secubit garam. Ambil sedikit adunan tersebut dalam 5 sudu besar masuk ke dalam mangkuk lain (Adunan 2).
-
Panaskan oven. Ambil semula adunan 1 tadi campurkan cuka dan tepung jagung pukul sehingga sebati. Lapik kertas surih ke dlm loyang, masukan adunan td ke dalamnya. sebaiknya adunan ini tak mengena pd keliling loyang (letak di tengah-tengah), bakar sehingga 15-20 minit sehingga sedikit keperangan shj.
-
Angkat dan sejukan adunan tadi. Ambil adunan 2 tadi sapukan ke atas ke atas permukaan adunan 1 td. Kemudian potonglah buah-buahan yg u all suka than tuangkan sedikit chocolate syrup sebagai perasa tambahan. Sejukan dlm peti sejuk. Siap utk dimkn. Memang sedap sekali.
-
Tak pasti resepi nama apa.. sesiapa tahu nnti bgtau, boleh i ubah tajuk.