oleh: alma Sotong tumis harum

Sotong_goreng_harum_ready

Variasi citarasa dalam memasak sotong...keharuman aroma serai & kicap inggeris yg terserlah!


Created on : 15-06-2007

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • Bahan A:
  • 3-5 ekor sotong (dibersih, dibelah, dipotong & dikelar2; atau potong ikutlah cara msg2)
  • 1 batang serai (hujungnya dititik)
  • Air secukupnya utk merebus sotong + sedikit garam
  • Bahan B (semua dihiris nipis-nipis):
  • 1 btg serai
  • 3 ulas bwg merah (kecil)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5 inci halia
  • Bahan C (semua dikacau bersama):
  • 3 sdb kicap Inggeris (sos Wochestershire)
  • 2-3 sdk sos tomato
  • 1 sdk gula
  • Lain-lain bhn:
  • 1-2 sdb minyak untuk menumis dan Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Dari bhn A:- panaskan air, masukkan garam & serai, dan rebus sotong hingga empuk/masak.Setelah itu tapis sotong tu, buang serai dan simpan sedikit air sotong utk dijadikan kuah nanti (Note: boleh juga kalau nak dikukus sotong tu - jika tak nak rebuslah).
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kesemua bhn B. Bila dah layu dan naik keharumannya tu, masukkan sotong tadi. Kacau2 sedikit kemudian masukkan pula sosnya iaitu bahan C (jumlah bhn C boleh ditmbh/kurang ikut citarasa sdiri). Kacau lagi, jika mahukan lebih kuah, masukkan bbrp sudu besar air rebusan sotong td dan akhir sekali masukkan garam sikit. Lepas bbrp saat mendidih tu angkatlah (tak lama kerana sotong dah masak). Siap untuk dihidang.