oleh: harligt Buah Melaka English Style

11-05-07_1930

Resepi sendiri... Olahan dari resepi Partita (sejenis kuih old english)


Created on : 09-06-2007

Bahan-bahan ( Seisi keluarga )

  • 500 gram tepung pulut
  • 1 biji kelapa (parut ambil putih sahaja)
  • 1 sudu kecil pewarna green apple
  • 1 ketul gula melaka (potong dadu kecil)
  • 200 gram chocolate chip
  • 200 gram buah cranberry kering (potong kecil)
  • Garam secukupnya
  • Air utk merebus

Cara-cara

  1. Adun tepung pulut, garam, pewarna dan air menjadi doh lembut.(mcm buat buah melaka biasa)
  2. Gaul kelapa dengan sedikit garam.
  3. Ambil secubit adunan tepung.Leperkan atas tapak tangan.Masukkan seketul kecil gula melaka,satu chocolate chip dan satu potongan buah cranberry ke dalam tepung dan bulatkan.
  4. Didihkan air dalam periuk.Masukkan adunan yang telah berinti dan telah dibulatkan ke dalam air mendidih.Tunggu hingga adunan timbul.Angkat dan golekkan dalam kelapa.
  5. Siap utk hidangan