oleh: alma Telur dadar hitam manis

Telur_dadar_hitam_manis

Hidangan sampingan bersama nasi dan juadah lain. Ini koleksi saya mempelbagaikan resipi telur dadar kt rumah (sepatutnya warnanya lebih kehitaman tp masa memasak kehabisan stok kicap, cuma ada xsmpai 3/4sdb...).


Created on : 08-06-2007

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji telur
  • 1-2 tangkai daun sup
  • 1-2 tangkai daun bawang
  • 1-2 sdb kicap pekat
  • 3/4 - 1 sdk serbuk lada sulah
  • Secubit serbuk jintan manis (optional)
  • Secubit serbuk jintan putih (optional)
  • Garam (optional)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara-cara

  1. Hiris daun bawang dan daun sup nipis-nipis.
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan telur, serbuk lada sulah, jintan manis & putih serta kicap (dan garam - kalau saya, kebiasaannya saya buat lebih sket dr 2sdb kicap jd tdk perlu tmbh garam kerana kicap dah masin – tp ikut citarasa masing2lah). Dgn menggunakan garpu, pukul campuran telur tadi hgga berbuih. Kemudian masukkan bahan2 hirisan td. Kacau2 saja.
  3. Bila minyak sudah panas, goreng telur hingga kekuningan. Siap untuk dihidang.