oleh: Flo Martabak Mini Kobis

Murtabak_mini

Martabak sayur kobis yang terkenal di Sabah...suka sangat nak makan tapi tak tau nak tebar roti, so jadilah murtabak mini ni...kepada kawan2 yang suka makan martabak, cubalah resepi ni simple tapi sangat sedap...kompom nak buat selalu.


Created on : 22-11-2012

Bahan-bahan ( 5 orang (10 keping) )

  • 10 keping Kulit popiah yang paling lebar
  • Inti sayur:
  • Kobis bulat dihiris / dicincang
  • carrot - diparut halus
  • daun bawang dipotong pendek2 jika suka
  • 1 kiub perasa ayam maggie
  • 2 biji telur
  • minyak masak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara

  1. semua sayur dicampur sekali, tumis dengan minyak sedikit dalam kuali. masukkan kiub perasa ayam maggie dan tumis separuh masak. angkat dan toskan.
  2. Pukul telur dan perasakan dengan garam secukup rasa...jangan masin nanti tak sedap.
  3. campur sayur dengan telur dan gaul sebati. Masukkan dalam kulit popiah, lipat empat segi lebar dan goreng sampai kekuningan.
  4. Makan bersama sos cili. Sangat sesuai dimakan semasa bersarapan atau minum petang..