oleh: fiverul Benjo Lada Hitam

P1060619

sodap, cepat dan mudah disediakan


Created on : 04-04-2012

Bahan-bahan ( 1 Biji )

  • 1 biji roti burger (apa2 jenama pun boleh)
  • 1 biji telur ayam
  • Majerin
  • Sekeping keju (optional)
  • Kacang pangang Yeo's (optional)
  • Mayonis
  • Serbuk lada hitam
  • Sos cili Thai
  • Sos perasa Maggie (seasoning)
  • Hirisan tomato, timun, bawang besar dan lobak merah
  • Daun salad

Cara-cara

  1. Panaskan kuali (non-stick pan) dengan beberapa titis minyak masak.
  2. Sapu majerin pada bahagian dalam egg ring (acuan telur) dan letakkan dalam kuali.
  3. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam egg ring. Titiskan beberapa titik sos perasa dan serbuk lada hitam.
  4. Tunggu hingga telur mengeras dan keluarkan dari egg ring. Terbalikkan telur seketika, kemudian bolehlah diangkat.
  5. Sapukan mentega pada roti yang telah dibelah dua dan bakar seketika atas kuali.
  6. Angkat roti tersebut dan susun dengan elok daun salad, hirisan tomato, timun, bawang besar, lobak merah dan keju. Tuangkan sos cili thai dan kemudian letakkan telur di atasnya.
  7. Letakkan sedikit kacang panggang di atas telur dan tuangkan mayonis serta sos cili thai. Kemudian boleh lah di letakkan bahagian atas roti di atasnya.
  8. Untuk hasil yang lebih kemas, saya lebih suka balutkan seketika benjo dengan kertas pembungkus burger untuk memadatkan kandungan bahan dalam benjo tersebut. Lagi mudah untuk di makan, lebih sedap untuk di nikmati.. :)