oleh: Noreen Kuih Bom

Img_0452

Sedap di makan utk minum petang


Created on : 12-05-2007

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

  • 50-60gm bijan
  • Minyak utk mengoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  3. Img_0355
    Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
  4. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
  5. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
  6. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
  7. Img_0446
    Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
  8. Img_0449
    Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
  9. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
  10. Dan siap untuk dimakan
  11. Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah: 1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 2. Minyak jgn terlalu panas. 3. Jgn menggoreng terlalu lama. 4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.