oleh: s_shamen Easy-yummy Scallop

P1010033

dah tak tahu nak masak apa ngan scallop ni...main bantai je lerrr..hasilnyerr boleh tahan


Created on : 05-05-2007

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 300 gm scallop
  • 1 batang kecil carrot (hiris)
  • 1/4 biji capsicum (dadu)
  • 1 biji bawang besar (medium size - mayang)
  • 2-3 biji bawang putih
  • 1 - 2 sudu kecil sos tiram
  • 1 - 1 1/2 sudu kecil cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah ikut suka)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit daun dill

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih smpi naik bau wangi. Masukkan cili & sos tiram, tggu smpi naik minyak
  2. Masukkan carrot..masak sampai lembut sket..kalau kering sangat tambah air sikit jerr..(dlm 2-3 sudu). Scallop tu akan keluarkan air, nanti kang banyak sgt air la plakk..
  3. Bila carrot dah masak, masukkan capsicum, bawang & dill, pastu masukkan scallop. Jgn lama2 sgt masak scallop ni..sekejap je masaknyerrr dalam 2-3 minit jerr
  4. Rasa garam. kalau dah cukup masin becoz of sos tiram tadi..takyah le letak garam. dah siap