oleh: Ayu61279
Pak Choy Oyster with Shitake Mushroom
Ayu61279@myresipi.com
Cepat & mudah!
Created on :
04-05-2007
Bahan-bahan ( 2 orang )
- Sayur Pak Choy (boleh diganti dgn sawi)
- Cendawan shitake (boleh guna yg segar atau kering)
- Tauhu Jepun - digoreng (optional)
- 2-3 biji bawang putih - dicincang kasar
- 3-4 sudu besar sos tiram
- Stok ayam (klu takde boleh guna kiub ayam)
- Air (klu guna stok,tak perlu la guna air lagi)
- Minyak - utk menumis
- Garam (optional)
- 3-4 titik minyak bijan (optional)
Cara-cara
-
Tumis bawang putih yang telah dicincang kasar.Tak perlu sampai terlalu garing.
-
Masukkan stok ayam ataupun air.sekiranya takde stok,masukkan sedikit kiub ayam.
-
Masukkan sos tiram dan biarkan ia mereneh seketika.Boleh masukkan minyak bijan sekiranya suka.
-
Masukkan cendawan shitake dan tauhu jepun yg telah digoreng terlebih dahulu.Sekiranya menggunakan cendawan yg kering,rendam dlm air suam 10-15minit sebelum memasak.
-
Akhir sekali masukkan sayur pak choy dan biarkan ia layu sedikit sebelum tutup api.Klu kuah tu nak pekat,masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau seketika.
-
Ayu tak tambah garam sebab sos tiram & stok tu dah rasa masin.Tapi ikut selera masing2 la.Pada sesiapa yg suka masin,boleh la tambah garam lagi.