oleh: ctjuliez Kek Coklat Itali

Kek_024

kek birthday baby saya tadi.kek ni lembut & tak terlalu pekat rs coklatnye.kek ni cepat hangus,kne selalu jenguk oven.


Created on : 17-04-2007

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 200g coklat masakan (dipotong kecil2)
  • 2 cwn mentega (dicairkan)
  • 2 sb horlick coklat
  • 2 sb serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 2 kuning telur
  • 2 sb gula
  • 4 sb tepung naik sendiri
  • 100g coklat chip

Cara-cara

  1. masukkan coklat masakan dan mentega dlm periuk.gaul campuran ini sehingga sebati.
  2. kemudian,masukkan horlick coklat dan serbuk koko ke dlm campuran coklat.
  3. dalam mangkuk biasa,pukul telur,kuning telur sehingga agak kembang.kemudian,masukkan gula dan tepung naik sendiri.pukul sebentar sahaja @ sehingga sebati.
  4. kemudian,masukkan campuran coklat td ke dlm campuran telur.gaul perlahan.
  5. setelah sebati,masukkan ke dlm acuan yg telah dilenser dgn mentega.lbh elok jika mgunakan acuan springform.mudah utk keluarkan kek sebab kek mmg lembut.
  6. akhir sekali,taburkan coklat chip di atas kek.coklat chip tidak tenggelam tetapi melekat di atas kek. (selain utk menambahkan rasa kek,ia juga utk mghias kek sebenarnya).
  7. bakar 20 - 30 min (ikut jenis oven) @ 200 darjah.selamat mencuba!