oleh: Lilydvalley Mixfruits wholemeal loaf

Mixfruitwholemeal

Roti high fiber


Created on : 11-04-2007

Bahan-bahan ( 1 loaf )

  • 140ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 200 gm wholemeal flour
  • 100 gm high protein flour aka tepung roti
  • 40 gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 30 gm butter/margerin
  • 1 1/2 sudu teh yeast segera
  • 1/2 cawan dried mixed fruits

Cara-cara

  1. Breadmaker- masukkan bahan diatas mengikut turutan atau sebagaimana yg disarankan oleh breadmaker anda.
  2. pilih fungsi untuk membuat wholemeal bread (sekiranya ada) dan "ON".
  3. Tunggu sehingga selesai & sedia untuk di hidang.
  4. Sekiranya anda tidak mempunyai breadmaker, anda boleh menguli dengan tangan 2 kerat anda.
  5. Gaulkan tepung, gula & garam.
  6. gaulkan pula yeast, masukkan susu segar & telur. Uli sehingga sebati.
  7. Masukkan pula butter dan uli lagi sehingga dough menjadi lembut & elastik, lebih kurang 15-20 minit ( bergantung kepada tenaga pengulinya).
  8. masukkan dough ke dalam mangkuk besar & tutup dengan plastik/cling flim selama 40-50 min sehingga dough naik 2X ganda( bergantung kepada cuaca).
  9. Tumbuk/keluarkan angin dari dough tadi. rehatkan selama 10 minit.
  10. Masukkan mix fruits dan bolehla di letakkan ke dalam loaf tin atau di bentuk seperti bun jika tiada loaf tin. Rehatkan lagi selama 30-40 min.
  11. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 15-20 min pada suhu 200C.