oleh: yani
Potato Croquette
yani@myresipi.com
sedap dimakan semasa masih panas. Sesuai sebagai hidangan untuk kanak-kanak.
Created on :
17-04-2006
Bahan-bahan ( 8 ketul )
- 4-5 biji ubi kentang
- 1 sudu mentega
- 1/2 biji bawang besar
- 150g daging cincang
- sedikit garam dan serbuk lada sulah
- 2 biji telur dipukul
- bread crumbs secukupnya
- sedikit tepung
- minyak untuk mengoreng
Cara-cara
-
Rebus ubi kentang sehingga masak
-
Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
-
Potong dadu bawang besar.
-
Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
-
Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
-
Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
-
Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
-
Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
-
Goreng dalam minyak penuh