oleh: Nenie Ayam Goreng Daun Kari

Ayam_goreng_daun_kari__1_

upgrade siket dari ayam goreng garam kunyit..Te te te


Created on : 13-05-2011

Bahan-bahan ( 3~4 orang )

  • 4~6 ketul ayam sederhana besar
  • 2 sb tepung jagung ~Secukupnya untuk menyalut ayam
  • 1 labu bawang besar ~Dihiris bulat-bulat
  • 5 biji cili padi ~Dipotong-potong
  • 2 tangkai daun kari
  • @@ BAHAN PERASA @@
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb serbuk briyani
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk.Kemudian masukkan kesemua bahan perasa dan gaul sebati.
  2. Masukkan Tepung jagung dan golek-golekkan ayam sehingga menyaluti keseluruhannya.
  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing/kekningan.Angkat, tos dan ketepikan.
  4. 4. Keluarkan minyak dari kuali..Biarkan tinggal 2~3 sudu minyak saja di dalamnya.Kalau nak guna minyak baru pun boleh.
  5. Goreng bawang, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.Masukkan (3) dan kacau-kacau sehingga sebati dan wangi..
  6. Tutup api dan sedia di hidang panas-panas bersama nasi putih....