oleh: yani Coffee cheesecake stick

Coffeecheesecakestick

bau harum cheesecake ni semasa dibakar boleh membuatkan jiran-jiran anda tertanya-tanya ;)


Created on : 14-03-2007

Bahan-bahan ( 18x18 cm )

  • 210g cream cheese
  • 45g butter
  • 60g gula halus
  • 3 biji telur kuning
  • 6 sudu besar fresh cream/whipping cream
  • 6 sudu kecil corn starch/ tepung jagung
  • 2 sudu kecil instant coffee
  • *75g butter-dicairkan
  • *3 sudu besar coconut flake
  • *150g biskut

Cara-cara

  1. Kisar biskut. Kemudian campurkan dengan butter cair dan coconut flake. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
  2. Biarkan cream cheese, butter dan telur dalam suhu bilik.
  3. Pukul cream cheese dan butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan pula kuning telur -> fresh cream-> corn starch. Masukkan bahan2 ikut turutan sambil dikacau.
  5. Akhir sekali masukkanlah instant coffee. Kacau lagi.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
  7. Bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm.
  8. NOTE: utk dapat rasa yg sedap, simpan dulu semalaman sebelum dimakan. Telur putih yg tak digunakan dalam resipi ni, boleh diguna utk resipi Peanut almond stick