oleh: wani
Lamb Stew
wani@myresipi.com
diubah suai dari website Jamie Oliver, sesuai dimakan dengan nasi, couscous @ roti
Created on :
20-03-2010
Bahan-bahan ( 2 org makan )
- 250gm daging bertulang (lamb@beef)
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 inci halia ditumbuk halus
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu teh daun rosemary kering
- 2 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 batang carrot
- 1 tin tomato cincang (@ 5 tomato ranum yang dicincang)
- sedikit serbuk lada hitam
- garam
- minyak utk menumis
- 2 mangkuk air panas
- Daun ketumbar untuk hiasan
Cara-cara
-
Campurkan minyak dengan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, cili, daun rosemary dan halia menjadi pes. Bahagikan kepada 2 bahagian.
-
Satu bahagian digunakan untuk memerap daging dan satu bahagian lagi digunakan utk memerap bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu dan juga carrot.
-
Panaskan sedikit minyak, dan gorengkan daging separuh masak. Angkat dan ketepikan.
-
Masukkan bawang, besar putih dan carrot. Masak sehingga bawang layu sahaja.
-
Masukkan daging semula ke dalam periuk dan masukkan bahan2 yg selebihnya seperti tomato, kulit kayu manis, garam, serbuk lada hitam dan air panas.
-
Masukkan periuk ke dalam oven 190C untuk 1 jam 15 minit supaya daging menjadi lembut dan kuah menjadi pekat.
-
Daun ketumbar dipotong dan ditabur sebelum dihidang.