oleh: goldenmanja Ayam Masak Merah

X_054

resepi ni pun mak yang ajar...


Created on : 27-02-2010

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 10 ketul ayam paha dan dada di bersihkan, digaul dgn serbuk kunyit dan garam..(terpulang ..kalau nak seekor ayam potong pun boleh)
  • 1kg santan
  • 3-5 sudu makan cili kisar (terpulang pada kepedasan yag anda suke..)
  • 5 biji ubi kentang di belah-belah.
  • 3 sudu makan sos tomato
  • *5 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • Air, minyak dan garam secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ayam yang telah digaul dgn kunyit dan garam tadi. jangnan terlalu garing cukup sekadar keringkan air serta ayam masak hingga ke tulang.
  2. Kisarkan bawang putih, bawang merah serta halia.
  3. Habis goreng ayam, sekiranya minyak lebihan goreng ayam banyak berlebih keluarkan sedikit dari kuali. Masukkan bahan kisar dan tumis sebentar sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
  5. Setelah cili garing, masukkan ubi kentang serta 2-3 cawan air. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.( sukatan air terpulang atas kepekatan yang dimahukan..)
  6. Setelah ubi kentang empuk masukkan pula ayam. Biarkan mendidih.
  7. Masukkan tomato sos dan garam secukupnya. Biarkan lagi mendidih.
  8. Masukkan santan biarkan mendidih sekali lagi.
  9. Rasa dan tambah apa yang kurang..dah masak..hidang dan boleh lah makan dgn nasi putih atau cicah dgn roti...