oleh: citarasawan Dadar Durian

06022010962

Aneka Kuih Dadar


Created on : 09-02-2010

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan Inti
  • 200 gram gula merah diracik halus
  • 25 gram gula pasir
  • 150 ml air
  • 300 gram kelapa parut putih
  • 2 helai daun pandan
  • 2-3 ulas isi durian, dilecek halus
  • 2 sudu besar tepung beras pulut/tpg gandum
  • Bahan Dadar
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml santan cair/ susu segar
  • sedikit pewarna merah/pink
  • esen pandan/esen durian
  • sedikit pewarna hijau
  • majerin untuk meleser

Cara-cara

  1. Inti: Masak air dan gula hingga gula larut, tapis. Masukkan kelapa dan daun pandan kacau hingga hampir kering, masukkan isi durian, gaul rata dan tabur 2 sudu tepung beras pulut untuk memekatkan inti, gaul rata dan angkat.
  2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
  3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan pewarna merah, gaul rata dan ketepikan.
  4. Adunan yang selebihnya dimasukkan esen pandan dan pewarna hijau, gaul rata.
  5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil satu sudu besar adunan warna merah dan buat 2 jalur lurus berjarak 2-3cm. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan hijau diatas jalur merah tadi (jgn diantaranya kerana jalur merah akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
  6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat kiri dan kanan dan gulung.
  7. Jika ingin membuat corak polka dot, titikkan beberapa titik adunan warna kesukaan dan tuang aduan hijau keatasnya. Anak2 mesti suka..