oleh: keli Tapai Pulut

21112009221

resepi dari arwah nenek. wajib buat setiap kali raya atau apa2 kenduri.


Created on : 21-11-2009

Bahan-bahan ( 1 keluarga )

  • 1 kg beras pulut
  • 1 biji ragi sebesar duit syiling 20 sen( kisar sampai hancur jadi serbuk )
  • 1 cawan air masak
  • sedikit lada sulah dah campur dgn secawan air masak
  • sebiji bawang merah kecil
  • setangkai cili kering
  • secubit kapur basah
  • beberapa helai daun pisang ( potong sebesar utk bungkus nasi lemak )

Cara-cara

  1. rendam beras pulut tadi selama semalaman atau paling kurang 4 jam.
  2. setelah beras pulut tadi direndam, kukus selama setengah jam. dan dalam masa setengah jam tadi, di balik2 kan beras pulut supaya masak sekata.
  3. setelah itu, keluarkan beras pulut tadi, dan gaulkan beras pulut dgn secawan air masak.
  4. kukus semula beras pulut tadi selama setengah jam lagi atau sehingga benar2 masak.
  5. setelah pulut masak, keluarkan dr pengukus dan hidang di atas dulang. ( jgn dilenyek )biarkan begitu sahaja sehingga suam2 kuku.
  6. taburkan serbuk ragi tadi biar rata. tidak perlu digaul. tabur rata sahaja diatas pulut tadi.
  7. kepal bulat2. terpulang pd individu. kalau nak cepat siap, buat besar2. tapi kalau nak cantik molek, buatlah kecil sikit. (mudah utk mkn. kalau besar x habis sayang pulak bekas org, kalau kecil kan mudah utk mkn.)
  8. sambil tu celup tgn pd air yg telah dicampur dgn lada sulah. supaya pulut tidak melekat pd tgn. tujuan lada sulah utk menjadikan tapai tadi lebih rasa. org putih kata ada kick..
  9. bungkus ketulan tapai tadi dlm daun pisang. bungkus mcm buat belebat pisang. susun dlm periuk atau bekas besar. setelah siap, tutup dgn daun pisang dan letakkan sebiji bawang merah dan setangkai cili kering. tutup periuk dan sapukan secalit kapur pd tepi dan atas periuk. simpan di tempat yg panas seperti tepi tingkap.
  10. tunggu sehingga 2 mlm. dan bolehlah disimpan didalam peti sejuk. hidang sejuk memang sedap.. kemanisan tapai bergantung pd ragi...
  11. petua penting..kalau nak dapatkan rasa tapai yg manis melekat, masa tabur ragi tu, pastikan pulut benar2 sejuk...jika still panas ada kemungkinan rasa tapai jadi masam dan bergas...