oleh: nieta76 Ayam Masak Kicap

No picture

resepi buat sendiri ambil masa 30 - 40 minit sahaja untuk masak.


Created on : 01-02-2007

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2 ekor ayam ( di potong ikut suka hati anda )
  • 4 - 5 ulas bawang merah ( ditumbuk halus )
  • 2-3 ulas bawang putih ( ditumbuk halus )
  • 1 inci halia & 1 batang serai ( dihiris dan di tumbuk halus )
  • 10gm rempah tumis
  • Cili padi ( di tumbuk halus - kalau yang suka pedas tu boleh lah tambah lebih )
  • 3-4 sudu makan kicap pekat, kicap cair dan gula
  • garam & aji ( secukup rasa )
  • 4 - 5 sudu minyak masak untuk menumis.
  • 2 - 3 gelas air ( untuk memasakkan ayam )

Cara-cara

  1. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk halus tadi hingga kekuningan.
  2. Bila sudah kekuningan masukkan rempah tumis, kicap pekat & kicap cair.
  3. Lepas itu baru masukkan gula dan gaulkan bahan tadi menjadi sebati.
  4. Bila sudah sebati baru masukkan ayam dan masukkan sedikit air supaya ianya tidak melekit.
  5. Akhir sekali habiskan air yang selebihnya dan bila kuah agak pekat dan ayam sudah masak boleh di angkat dan dihidangkan bersama nasi putih.