Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
5 cwn air (ble jugak guna air dlm tin buah2 campur tuh...dpt la secawan)
3 sudu besar gula pasir
1 biji telur ayam - dipukul sedikit
2 cawan buah2 campur - yang telah dipotong kecil
Ceri hijau & merah - potong dadu
BAHAN B :
1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair IDEAL
2 cwn air (nak lebihkan pun boleh)
2 cwn buah2 campur - yang telah dipotong kecil...
Cara-cara
Tapiskan buah-buah campur tu. Ceri hijau & merah dipotong dadu. Buah-buah campur pun dipotong dua.
UNTUK BUAT KUAH (BAHAN B) : Satukan semua bahan B ke dalam satu periuk. Masak atas api sederhana, kacau perlahan-lahan. Bila agak2 gula dah hancur ketepikan. Bila dah sejuk, simpan dlm peti ais.
UNTUK BAHAN A : Satukan semua bahan ke dalam satu periuk, kacau hingga sebati (boleh juga nak tambah sedikit pewarna kuning & ape2 perisa mcm sunquick ke ape2 ke..)
Setelah semua bahan sebati, masak atas api sederhana hingga pekat berkilat. (hati2 yea...sebab adunan ni akan meletup2 sikit...) Tutupkan api.
Masukkan adunan ke dalam bekas acuan. Biarkan sejuk. Simpan dlm peti ais.