oleh: blogresipi Nasi Ayam Penyet

Ayam_penyet

Cubalah resipi nasi ayam penyet ni. Ramai dah cuba. Sedap!


Created on : 22-10-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

  1. Ayampenyet
    Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  7. Sambal_ayam_penyet
    Untuk Sambal
  8. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  9. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  10. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  11. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  12. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  13. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  14. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  15. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
  16. Untuk Sup
  17. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  18. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
  19. Nasiayampenyet
    Untuk Nasi
  20. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  21. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  22. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  23. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.




Laporan Masakan Bergambar (4)

Nasi_ayam_penyet
27-10-2009
ijan, k.nor antar report dulu la sbb dah lama buat kan.. tq2 mmg sedap ayam penyet ni.. & satu lg welcome to the club MyR :)
Laporan oleh: nor_67

Terima kasih kak nor. kita pun nanti-nanti nak buat lagi nasi ayam penyet nih. :)

Picture_016
29-10-2009
akak try ayam nye jek..nnti2 try d whole set yer..hehe..tq
Laporan oleh: junjs11

nampak sedap ayam yang kak buat tu. nanti buatlah set lengkap pula tau. :)

Img_0152
28-11-2009
dah 2x try! sedapp.... ; ) cuma kene lebihkan garam masa perap ayam tu, kalau tak tawar sket jadinya. thanx!
Laporan oleh: ayu898
Nasi_ayam_penyet
08-01-2010
sedap2....rase macam ade kat indonesia... thanx blogresipi... :)
Laporan oleh: nOOrsha

Komen (20)

22-10-2009, ibumimi komen :

ni nasik paberet bila gi jb ni.. :) thanx sharing resepi ni, nak try wat esok


22-10-2009, mama kastam tioman komen :

mesti cuba nih..tunggu anak cucu balik le dulu..makan ramai2 syiok nih...tapi kenapa namanya penyek? nampakayam tu cantik jek?...terima kasih di atas resipinya..


23-10-2009, yatipat komen :

Ayam nier same version ngan ayam dr indonesia tu ker?? Kami sefamily biasa mkn d wong solo. Sedap sgt!!! Mesti cuba nie. thanxx dgn resipinyer.. Dah cuba nanti, saya bg feedback.


23-10-2009, mamy69 komen :

wah//best rcp ni.... susah nk cari ayam penyet yg sedap...tp kalau area p.gudang ade satu warung indon jual ayam pnyat ni...memang mabeless....tp kene mkn panas2...kalau dah sejuk mcm keras dan liat....tp sambalnya ....fuh...sampai ptg tgan bau belacan...


23-10-2009, blogresipi komen :

Ibumimi & Nurun-Sama sama kasih :D Mama kastam-Sama2. Penyek pasal ayam tuh kite ketuk2 sikit secukup rasa sebelum potong (lepas goreng). :) Yatipat-Ramai dah cube kat wongsolo. Kami tak pernah pegi lagi. Yg nie rasanya ada iras2 versi indon tu. Mamy69-Betul cakap mamy.. sedap makan panas panasss :)


24-10-2009, vase komen :

nasi ayam penyek sangat lazat.mesti cuba tau.


24-10-2009, k.zila66 komen :

npk sedap nnti nk cuba lh..nk tnya sikit...rempah2 mcmana nk sukat??..akak dh siap mesin(nk msak senang)..tq..


24-10-2009, blogresipi komen :

Vase-Betul..sedap kan :) Kak Zila-Akak cuba lah guna sukatan yg sama seperti kat bahagian bahan2. Saya doakan menjadi. :)


25-10-2009, love2cook komen :

Will try this out once my hubby is back this time! Tks Ijan! ;)


25-10-2009, yatiez komen :

nasi aym penyek ni memang terkenal kt kuching ni..sedap sgt...versi indon...tau mkn je x penah cube wat..


27-10-2009, Princess Iman komen :

masih teringat2 lagi kesedapan nasi ayam penyet yang aku makn kat Kuching, sarawak.. pergh...tak toleh kanan kiri beb!


10-12-2009, yanaghazali komen :

last week p jb..ketagih mkn nasik ayam penyet.. la ni resepi dah ada nk try buat...mesti cuba...tq..tq


07-01-2010, maknyer komen :

nak juga try aym penyet ni sbb anak yg blajar kt JB tu asyik sebut.......best giller


09-01-2010, nadiarosli_89 komen :

ayam penyet 1st time sy mkn kat restoran betty banafe kt jb...mmg sedap..pas 2 2nd time mkn kt da curve, warong ayam penyet, sdp jugak n sy try plak kat subang jaya, restoran ayam penyet..pun sedap....nnt nk try masak sndri....hrp2 sesedap kt kedai...sape yg x prnh mkn aym penyet kena try la, sb mmg sedap, skali cuba pasti nk lagi.. :)


18-01-2010, Eliza Jasmine komen :

Thanks for this resipi. Saya invite my msian friends (Students) di Knoxville, USA mkn nasi ayam nie for lunch tadi. All my friends kata sedap..Mmg best, bau aroma sambal tu membuat all my friends tambah nasi...Dah le musim sejuk, so bile mkn nasi ni panas2 mmg happening.... I want to upload the pic..but x tau how...Anyway..now xleh nk upload, sbb semua dh abes...dh cuci periuk pn, next time okay....Once again, thanks for sharing this recipe...


18-01-2010, Qistina Knoxville US komen :

Salam to you. Greetings frm Knoxville, USA. Thanks for the delicious recipe. My housemate, Eliza Jasmine cooked it for lunch tadi. Mmg sedap giler... we all love it.


01-02-2010, chepora komen :

thanks for the recipe tuan rumah... last wekend br buat resepi ni...alternatif nasi ayam ala nusantara gitu...hasben kata sedap esp tang nasi wangi je bau nasi tumis bawang butter n kayu manis... cuma sy ni x lulus g nak cam jintan manis n jintan putih..jantan manis sy cam lah..he..he..


26-02-2010, jaja27_enigma@yahoo.com komen :

sy skrg blaja kt srawak...dlm sminggu, mst g pkena nasi ayam penyet neh...fuh,sodap..hihihi...jmpa pn resepi de...thxs akak yg uplod eyh..


04-03-2010, Zieys Abady komen :

Hmmm...Bru abz mkn ngn huby n my son.P nasi spoilt.Sy ikut sktan kt sni,p x ingt kita org mkn beras wngi.Aisey tlembik lah plak.Dsbbkn sdap,licin jua priuk.Sllu telan air liur je nengok hubi mkn kt gerai.Ni dh pndai wat sndri.Tqvm tuan pnya rspi...


04-03-2010, Zieys Abady komen :

Hmmm...Bru abz mkn ngn huby n my son.P nasi spoilt.Sy ikut sktan kt sni,p x ingt kita org mkn beras wngi.Aisey tlembik lah plak.Dsbbkn sdap,licin jua priuk.Sllu telan air liur je nengok hubi mkn kt gerai.Ni dh pndai wat sndri.Tqvm tuan pnya rspi...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu