oleh: Nenie Cornflakes Madu dan Kekacang

Cornflakes_madu__2_

Resipi dari kawan sejak zaman sekolah...Resipi asal takde kekacang....Yang ni dah ditokok tambah untuk memenuhi citarasa....


Created on : 14-10-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Nenie




Share


Bahan-bahan ( lebih kurang 150 paper cup )

  • 3 sb butter
  • 3 sb gula merah
  • 3 sb madu
  • 1 sb golden syrup ~ optional
  • 4 cawan cornflakes
  • Kekacang secukupnya (walnut,almond,peanut)
  • 1 sb kismis (saya tak letak...pasal bahan lain dah cukup manis)

Cara-cara

  1. Kesemua kekacang di sangrai/bakar secara berasingan kemudian ditumbuk/blend kasar.Ketepikan.
  2. Masukkan butter,gula merah,madu dan golden syrup ke dalam periuk.Kacau sekejap je sekadar untuk sebatikan bahan2 tersebut.Pastikan api kecil sahaja dan tidak terlalu lama supaya butter tidak pecah minyak.
  3. Apabila semua adunan sudah sebati,tutup api dan terus kacau sehingga likat dan suam-suam kuku.
  4. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar.Curah (3) ke atasnya dan gaul sekata.Patah-patahkan sedikit~ala-ala manja~kepingan cornflakes tersebut (jgn ramas/hancurkan ia)
  5. Taburkan (1) ke dalam (4) dan gaul sekata.Jika mahukan kismis..Boleh masukkan juga.
  6. Sudukan ke dalam paper cup.Susun di dalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 2~3 min.Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.
  7. NOTE :- Kalau tak nak bakar pun boleh gak...Susun di dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 15~30 min.Keluarkan dan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara.
  8. PETUA KAWAN :- Pastikan adunan butter suam-suam kuku dahulu sebelum dicurah ke atas kepingan cornflakes untuk mengelakkan cornflakes tadi menjadi lemau
  9. Klik untuk isi cara-cara di sini

Tag

cookies


Laporan Masakan Bergambar (1)

Cornflakesmadu_nenie
21-04-2010
rangupp..buat kunyah2...tk yah nk tunggu raye dh..hehee..tq Nenie... :)
Laporan oleh: kak fida

Salam Kak Fida...Kuih@biskut raya yang boleh dimakan bila-bila masa..kan kan kan..thanks sudi mencuba


Komen (5)

17-10-2009, umi najhan komen :

Jimat buat sendiri. Sedap dan enak rasanya.


19-10-2009, ina nan komen :

biasa buat,tpi x pkai gula merah..emm,nnti bleh cuba msuk gula merah la..


19-10-2009, Nenie komen :

Guna gula merah lagi sedap (bagi citarasa sayalah)...and made sure gula merah yang digunakan jenis kg.(timbang) bukan yang dipaket adik beradik gula kastor tu...Sebab kalau guna gula merah paket tu rasanya 'lechah' sikit...Alamak bahasa Trg lah pulakk...Tak tau lah cam ne nak terangkan makna 'lechah' tu dalam bahasa Malaysia...he he he he...Ada sape-sape boleh tolong...?


06-12-2010, nurul gemox komen :

golden syrup 2 pe?


02-11-2011, 11111 komen :

saya suke resepi nie..anak2 suke ibu prcaya...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu