Google+

oleh: eenat Jeruk mangga cukup rasa

Dscn5374

Jeruk yg tak guna pengawet. Rasa masam, manis, masin dan pedas. "Kuah" nya pulak jgn dibuang. Blh buat aiskrim malaysia. Dapat 2 benda guna 1 bahan giteww :D


Created on : 10-10-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi eenat




Bahan-bahan ( )

  • 500g mangga muda (anggaran 3 biji saiz sederhana) siap hiris - direndam minimum 2 jam dengan 3 sudu besar garam kasar dan sedikit kapur makan utk rangupkan.
  • ¾ cwn gula pasir - dimasak dgn 1 cwn air. Suamkan.
  • 3 ~ 6 tangkai cili padi - diketuk sahaja

Cara-cara

  1. Toskan air garam dgn kapur. Satukan dalam bekas air gula suam, cili api dan mangga. Simpan dalam fridge sehari.
  2. Esok hari, keluarkan mangga dari bekas. Didihkan air gula dgn cili api sahaja. Suamkan air gula. Masukkan mangga semula. Simpan dlm fridge semula. Kalau tak cukup masin atau manis atau pedas, blh ditambah pada step ini.
  3. Ulang langkah 2 utk hari ke tiga. Dah siap utk dimakan.

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (8)

10-10-2009, hafaza komen :

air garam & kapur tu tak perlu bilas ke? tos saje?... Step ke 2 tu macam ala2 nak buat halwa gitu... kreatif la u..


10-10-2009, mama kastam tioman komen :

mama buat lagi senang eenat..gaul je pelam tu ngan gula dan sedikit garam..perap 1 jam dalam esbox..pastu makan..tp jangan banyak sangat makan asam..nanti air muka masam...tgk macam mama ni..makan mangga dodol..manis giler..jadi muka pun manis jek...ahak..ahak


12-10-2009, eenat komen :

hafaza> kalau nak bilas pon boley tapi garam kena tambah dlm rebusan air gula. Try la tgk, kalau saya buat nak cepat n senang jer hehehe mamaaaaa > amboi mama manis sokmo² ...eeeee sukerrrr ahakssss


13-10-2009, HaSue komen :

eeee..kak eenat!!kembang liuq nengok nihhh...nak sebalanggg!agak2 ganti mempelam boleh laa kot ek...hehee..


13-10-2009, eenat komen :

sue,,..dok terlioq ni ada isi ke? satu balang mana cukup utk stok 9 bulan kui kui kui


18-10-2009, kak ann komen :

kak eenat oiii...macam² resepi dia kuaq ha... rajin sungguh kakak ku sorang nji...


18-10-2009, eenat komen :

ann..nanti si husin dah pandai geget jari kaki, ko sedia la mangga jeruk ni utk stok 9 bulan plak hua hua hua


23-06-2011, ben_alwi komen :

ada jeruk saya tengok bewarna kuning,apa bahan yang dicampur?kunyit ke?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd