oleh: iesha Puding Jelly Laici dengan Sos Custard

Dsc01884

resipi yg sangat senang. buat utk open house.


Created on : 04-10-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi iesha




Share


Bahan-bahan ( 10 org )

  • untuk jelly nya :
  • 2 tin laici
  • 3 kotak serbuk jelly (saya guna perisa strawberry)
  • 1.2 litter air (ikut brand jelly yg anda gunakan)
  • untuk sos custard :
  • 1 sk tepung custard
  • 1 biji telur
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 1 tin susu segar/fresh milk (gunakan tin susu cair utk sukat)
  • 1 1/2 sb gula

Cara-cara

  1. untuk jelly : ambil buah laici dan buangkan airnya. setiap buah laici itu dipotong empat.
  2. panaskan air di dalam periuk, perlahan-lahan masukkan serbuk jelly tu. kacau sehingga ianya tidak lagi berbuih lebih kurang 5 minit. (kalau guna brand lain, sila ikut arahan pada kotak)
  3. apabila sudah masak, masukkan buah laici ke dalam jelly tersebut, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sekurang-kurangnya selama 3 jam.
  4. untuk sos custard : di dalam periuk, didihkan susu cair dan susu segar bersama gula.
  5. sementara itu, masukkan tepung custard serta telur ke dalam mangkuk dan kacau rata. (jangan bagi ada ketulan)
  6. apabila susu mendidih, tutupkan api. ambil 3 senduk susu tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk yang mengandungi tepung custard. kacau dengan cepat guna whisk, jangan bagi ada ketulan.
  7. nyalakan api balik. masukkan susu yang bercampur dengan custard ke dalam periuk yang mengandungi susu tadi secara perlahan-lahan dan kacau dengan cepat.
  8. apabila sudah mendidih, tutupkan api.
  9. Dsc01882
    sejukkan custard tersebut dan bolehlah dihidangkan dengan jelly tersebut.
  10. Dsc01875
    ni gambar serbuk jelly yg saya guna, brand nona.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

04-10-2009, mama hawish komen :

blh tak guna buah2an campur?


04-10-2009, iesha komen :

mama hawish - ya, blh je guna buah2an campur.


05-10-2009, norlieU8 komen :

nk tny, 1 kotak jely y iesha gna brp gram bratny?sy tkut xjmpe y brand iesha gna sng nk tukar brnd lain je


05-10-2009, mama hawish komen :

tq iesha..


07-10-2009, iesha komen :

norlieU8 - sorry for the late reply. 1 kotak jelly tu 90g.


18-10-2009, kak ann komen :

sayangnay air laici tu dibuang...agaknya boleh tak guna air tu buat masak jelly...then kurangkan gula kat sos custard tu...sedap tu...semua puding yg berasakan laici rasanya fresh jer...akak suka....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu