Google+

oleh: rosenanie Kek coklat lembab ringkas

Image068

Ringkas & senang. Buat muffin pn boleh. Anak-anak pasti suka.


Created on : 30-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rosenanie




Bahan-bahan ( Saiz tin 8 in x 8in )

  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 3/4 cawan gula halus
  • 2 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat*
  • 3/4 cawan serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil nescafe (kalau suka)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 biji telor
  • Secubit garam halus

Cara-cara

  1. Ayak bahan-bahan bertanda *. Campur semua bahan kecuali minyak jagung.
  2. Gaul semua sampai sebati. Tak pakai mixer pn boleh. Akhir sekali masukkan minyak jagung.
  3. Kalau nk buat muffin. isi 3/4 adunan dlm paper cup. Bakar 25 minit. Untuk sebijik kek bakar 45 minit.

Tag

kek








Laporan Masakan Bergambar (2)

Kek_coklat_lembab_ringkas1
02-10-2009
salam @ selamat hariraya aidilfitri rosenani, kt nak antar laporan ni...agak2nya lulus x? Baru kuar dari oven...ari ni ank ada jamuan raya kt sekolah...tu yg try kek ni...masih membakar sebiji lagi.....mmg senang dibuat, tu yg buat sampai 2 biji...ank2 pasti x sabar nk ngap...comfirm blk sekolah deme belasah sebiji...btw...tq rosenani...
Laporan oleh: mas9540

selamat hariraya mas. wah, lulus la tu. cantik bangat. kang tak sempat bwk ke sekolah...

Sl372919
12-10-2009
Sedap. Cuma i kurangkan gula. Lagi sedap bila mkn the next day..very moist. TQ!!
Laporan oleh: zurin

wah, meriah nyerrrr.....


Komen (17)

01-10-2009, ibumimi komen :

ibu teruja tengok muffin ni. CUTE! next week anak ada jamuan raya kat scul .. leh buat muffin ni. nak tanya skitt.. pernah tak buat dalam cup kecik2 macam size buat almond london tu? kalau pernah, berapa lama nak bakar n berapa suhu yang sesuai? trimakasih


01-10-2009, rosenanie komen :

sy tak pernah buat. ibu cuba bakar 10 minit dulu. suhu cm biasa lah. cute gak kan wat kecik2 tu...tabur lak coklat chip n badam...teruja lak nk wat. heheheh


01-10-2009, are_u komen :

mnarik gak, ble sy buatkan utk suami sy..dia pasti suke n teruja kek coklat lembab ringkas ni....hehehe


01-10-2009, are_u komen :

mnarik gak, ble sy buatkan utk suami sy..dia pasti suke n teruja kek coklat lembab ringkas ni....hehehe


01-10-2009, redapple komen :

baru abis bakar.saya guna paper cup kecil size almond london tu.suhu 180C - 20-25min.itu untuk oven sayalah.lembut dan lembap.sedapp....


01-10-2009, rosenanie komen :

trima kasih kerana mencuba redapple. mmg sedap kek ni. x ssh nk wat. sy pn nk cuba lah paper cup saiz kecil. kalau are_u nk wat...cuba taburkan coklat chip..lagi teruja hubby u mkn..


01-10-2009, Alliana komen :

tumpang tanya ya, klu susu cair ganti dgn susu segar boleh ke,,teringin nak buat tapi tak ada stok susu cair ni..


02-10-2009, rosenanie komen :

boleh alliana, cuba la dulu. nnt bl dah buat pasti nk buat lagi.


02-10-2009, LynnSham komen :

redapple, jika bakar dalam papercup saiz london almond tu, kena masuk dalam acuan ke? Dapat berapa biji saiz ni untuk 1 adunan? Tq..


02-10-2009, redapple komen :

saya letakkan papercup tu dlm acuan bahulu. mula-mula buat dlm papercup,dapatlah 48 biji.pas tu malas dah nak isi dlm papercup adunan yang lebih tu....terus letak dalam loyang kek bantal.


08-10-2009, rosenanie komen :

lynn pakailah acuan tart yang jual kat kedai kek tu. lagi senang. letak dlm dulang pembakar acuan tu.


09-10-2009, NorPrima komen :

SALAM, Rosnanie...saya dah buat malam td utk anak saya 3 org tu bwk pergi jamuan raya kat sekolah... mmg sedap..lembut n moist sgt..saya buat dalam cup yg besar sikit...dpt 40 biji...tq


03-01-2011, azurrasamlock komen :

yummy..nak try jugak...=)


28-01-2011, JajaHasymi komen :

salam...saya dah try buat kek nih sekali....tapi, kenapa merekah kat atas ekkk....? dah mcm gunung berapi dah rupanya..... tp, rasa dia mmg mavelesss!! sedap, lembab dan lembut jerrr....


02-03-2011, mamafitri komen :

nk tny la,air sejuk tu air ais ke @air yg biasa tu?


13-05-2011, nurulekin komen :

cam sedap jer...nak cuba lah!


07-08-2012, nurul jannah komen :

suhu utk mambakar kek ni berapa darjah celcius yea?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu