oleh: princessharyati Kari kepala ikan merah

Cimg0959a

mengasyikan..tumis darat lagi memang kaou...


Created on : 26-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 kepala ikan merah
  • 3 biji terung di belah 4
  • Sedikit rempah helba campur
  • Sedikit serbuk kas kas (kalu tak letakpun tak pe)
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
  • Daun kari
  • 3 ulas bawang merah di mayang halus
  • 1 biji bawang besar warna merah di mayang halus
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu basar tomato pure
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa dan serbuk perasa
  • 1 inci halia di hiris halus
  • Minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak letak helba, daun kari,kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang.
  2. Letak serbuk kari ikan, serbuk cili masak sehingga naik bau (sehingga garing)
  3. Kemudian tambah sedikit air dan tomato pure serta serbuk kas-kas masak sehingga garing
  4. Tambahkan santan , susu cair dan sedikit air, kacau. selepas 4 minit masukkan kepala ikan.
  5. Tambahkan terung, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga terung itu lembut. Di kuali lain seperti biasa panaskan minyak goreng bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan kemudian masuk kedalam kari tadi dan kacau.
  6. Siap untuk di santap

Tag

kari ikan




Laporan Masakan Bergambar (1)

Imgp4436
15-02-2008
buat menu dinner tadi... kebetulan semalam bli kepala ikan merah..
Laporan oleh: tuberose78

jom mkn ^v^


Komen (5)

27-01-2007, Mat Gebu komen :

hmm sedap nie kalau ada lempeng ke atau roti (leh buat dgn bread maker, roti kosong), kalau tak de ikan merah guna ikan sardin dalam tin pun ok agaknya, apamacam pu3 pendapat u. sesuai tak?


27-01-2007, princessharyati komen :

sedap gak tu tp kepala ikan merah ni memang no 1. rasanya...


28-01-2007, juliea komen :

i pun nak try la...tp herba ape nak pakai..then kat mane nak carik serbuk kas kas...sori saya baru bjar masak ....


28-01-2007, princessharyati komen :

serbuk kas2 byk kt kedai india... n helba yang diguna ialah helba campur


03-06-2008, ayu1 komen :

As'kum.... kepada semua warga myresepi saya ahli baru.Saya tertarik utk memberi komen MAAFlah saya nak bagi tau setahu saya serbuk kas - kas tidak boleh digunakan lagi kerana ada kandungan yg tidak halal dalam pembuatannya


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu