Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Pan Mee

 Submitted By On 26 January, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Masakan hokkien, namanya pan mee. Nama dlm Mandarin pula ban mian. Ini rasa original, sekarang boleh dapat dalam pelbagai jenis sup kat kedai. Kalau ada mesin mee, boleh juga buat mee dgn ni.

Ingredients
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur kecil
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar minyak masak
Instructions
  1. Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan buat satu lubang kat tengah. Masukkan garam dan telur.

    CIMG2397.jpg
  2. Masukkan minyak dan air. Uli sehingga jadi doh yang agak licin, lebih kurang 5 minit. Kalau guna telur yg besar, air boleh dikurangkan sikit. Doh ni lebih keras berbanding dgn doh untuk roti.

    CIMG2398.jpg
  3. Bahagikan doh kepada 4 bola kecil supaya senang nak ambil nanti. Tutup degan plastic wrap dan diketepikan. Sementara itu, sediakan sup. Selalu I masak ni degan <A href="http://www.myresipi.com/top/detail/850" target=_blank>Sup Salad</A>. Jagan masukkan sayur awal2, lepas masuk mee baru masukkan sayur.

    CIMG2399.jpg
  4. Bila sup dah didih, kecilkan api. Ambil satu biji doh dan tarik macam dalam gambar. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing2. Untuk pertama kali masak ni, cubalah buat yg tebal dan nipis... rasa dulu baru tau mana satu yg suka.

    CIMG2400.jpg
  5. Buat kepingan kecil dan terus masukkan ke dalam sup. Ulang sampai habis. Lepas tu, masukkan sayur dan fishball atau bahan2 lain. Bila mee dah masak akan timbul kat permukaan sup.

    CIMG2401.jpg
  6. Bila dihidangkan, taburkan sedikit ikan bilis goreng dan bawang goreng kat atas. Makan dgn cili padi dan kicap cair... boleh juga bubuh sedikit bawang putih dalam kicap cair.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All