Google+

oleh: eenat Kuih Kapit / Kuih Sepit / Love Letters

Dscn5234

Kuih tradisi masyarakat Cina yg digemari oleh semua bangsa. Lemak, rangup dan yang penting sedap.


Created on : 14-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi eenat




Bahan-bahan ( x sempat nak kira, tau2 habih :( )

  • 500g Tepung gandum
  • 500g Gula pasir (saya kurangkan gula sbb x suka manis)
  • 3 cwn santan ( kalau nak lemak, semua guna santan pekat)
  • 3 biji telur
  • ½ sudu teh garam - masukkan dlm santan dan kacau
  • Minyak utk goreng

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
  3. Panaskan minyak dengan acuan terendam.
  4. Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.
  5. Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras.
  6. Simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dihidangkan utk semua occasion sepanjang tahun.
  7. Dscn5256
    Acuan kuih kapit bersaiz 4½"









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (14)

14-09-2009, mysajian komen :

eenat, cam satu kelainan jer cara penyediaan kuih ni...selalu nya kena bakar..yg ni goreng ya?


14-09-2009, eenat komen :

aa..ada 2 version mysajian. Ori adalah bakar. Tp zaman skrg nak bakar kat ner? Tgk umah berasap, jiran panggil bomba :D


14-09-2009, kak ann komen :

kuih sepit plak dah kakak aku sowang nih...rajin betul...ann baru terhegeh² dok tgk resepi kuih kurma kak eenat...dah timbul yg baru lak...


14-09-2009, baya74 komen :

guna tpg gandum aje ye? ingatkan tpg beras, sbb biasa mkn cam rasa tpg beras je. eenat... sekali goreng guna brp acuan? acuan tu 1 brp hengget. suka mkn tp x tau buat. biasa beli aje. kat air itam banyak.


14-09-2009, eenat komen :

ann > hehehe tawon ni akak ko ni bukan saja berjaya menggemukkan badan malah teruja sgt nak wat kuih2 tradisi ni. Susah sebenarnya ek kuih tradisi, x mcm wat CC :P


14-09-2009, eenat komen :

baya, tpg beras mahal kan..tpg gandum murah kekeke, rasa pada eenat sama jer. Skali wat eenat guna pakai 4 acuan. Rega dia kat kedai "cekik darah" is rm8.90. Acuan dia berat tau. So hati2 kalau nak goreng, takut terbalik kuali. Pastu minyak percik2..adehhh..sakit gak nak siap lg setengah adunan ni. Patut org jual mahal sbb leceh nak siap.


14-09-2009, fubai komen :

baru buat mlm sabtu lepas.. tp resipi nya guna tepung beras campur sket tepung ubi... sy guna yg bakar. dr pkl sampai 2 pg buat kuih nih.. ish ish ish.. padahal 1 adunan aja.. :-P 2 org bakar, 2 org lipat, sorg kipas arang.. pas ni x komplen dah beli kuih nih mahal...


14-09-2009, mama kastam tioman komen :

baru pertama kali mama dengar kuih ni di goreng..suka makan juga..


16-09-2009, eenat komen :

fubai > 3 org utk nak siap 1 adunan?..sure meriah masa tunggu kuih ni siap n berasap 1 umah heheh


16-09-2009, eenat komen :

mama > aaa..ini versi goreng plak mama. Nak bkr, x larat la mama..x de sapa nk tolong..huhuhu


22-07-2011, chinta82 komen :

slm kwn2 kuih nie mmg i minat gilerrr..but renyeh ckitt nak bakar or goreng, paling senang beli alat nie yg pakai elektrikk tak mahan dlm rm 50 hengget jerrr lg cepat dan pantass


21-08-2011, kaknor_btho komen :

dah lama sangat tak buat kuih ni.. masa zaman anak dara..hiihihi.. sekarang anak dah lima.. boleh ke buat..


21-08-2011, teruna komen :

tambah lagi 10,,hehehehe


30-03-2012, Norriyah komen :

sedap kuih ni selalu tempah je kat kak yg bt kuih tradisi ni.. grg jga kna gna sarung tgan mklum la pnas sarang tu.. mak ai lumayan klu nk rya smpi kna upah pekeja la xmnang tangan.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu