Google+

oleh: jannah83 Kek mata kucing

Dscn6082

sesuai utk di hidang di hari raya atau party.. enak bkrim..mmmm.... ;)


Created on : 13-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi jannah83




Bahan-bahan ( loyang 9x9 )

  • 450 gm mentega butter
  • 10 Biji telur Gred A atau B
  • 1 tin kecil susu pekat manis ( 390g)
  • 1 tin sederhana srikaya ( 300g)
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 1 bungkus kecil horlick (200g)- Di ayak
  • 100 gm gula halus- Di ayak
  • 300 gm tepung gandum- Di ayak
  • 1 sudu teh baking powder-Di ayak bersama tepung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 botol kecil browning sugar ( atau 1 botol besar browning sugar )

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang ( Putih )
  2. Masukkan telur satu per satu. putar sebati..
  3. Kemudian, masukkan satu per satu susu , srikaya , nestle cream , horlick dan esen vanilla
  4. putar dengan kelajuan sederhana. putar hingga benar2 sebati.
  5. Matikan mesin putar, dan tuangkan tepung gandum sedikit2 dan kacau hgga sebati. akhir sekali, bubuh browning sugar dan kacau lagi hgga benar2 sebati..
  6. gris loyang dan lapiskan dengan kertas minyak.
  7. Tutup loyang dengan kertas timah dan kukus selama 4 jam. mengunakan api sederhana.

Tag

kek








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

13-09-2009, tie2103 komen :

kek ni sama dgn kek gula hangus ker lain jannah83


13-09-2009, HaSue komen :

tie2103> kek nih kategori kek kukus sarawak..geng2 dengan kek lapis sarawak juga..memang sedap kek nih cuma kalo ikut resepi lama tak letak baking powder.. betul tak jannah83?maaf yer tolong jawab lak.. :)


13-09-2009, jannah83 komen :

betul tu hasue.. nie lain dr kek gula hangus. rasa kek nie lebih lemak dan lebih bkrim. kadang2 tu rasa macam kek keju pun ada.. cuma perasa coklat. tie cuba la kek nie dan jangan lupa letak picnya sekali ye.. selamat mencubanya.. hasue pulak, buat kek apa raya tahun nie.. kek puteri dangdut ke.. :)


13-09-2009, izzann komen :

brapa biji telur ni?


13-09-2009, cikedis komen :

Ingatkan ada guna buah mata kucing tadi... :)


14-09-2009, HaSue komen :

jannah83 > raya tahun ni?lum tau lg nak buat kek apa...cuma ada dalam perancangan itu ini begitu begini..haha.. jannah,kitak lupak ngkah telo dalam resepi yaa ehh...// izzann > biasanya telur letak 10 biji..


14-09-2009, jannah83 komen :

hehehe.... sorry... lupa nak taruh telur la pulak..


14-09-2009, jannah83 komen :

ok.. dah letek kat tepi tu.. terima kasih sbb tanya.. kalau tak, memang tak perasan takde telur...


18-01-2011, adk_ain komen :

kenapa namanya kek mata kucing padahal x ada pn buah mata kucing atau ada sbb lain??


07-09-2011, jieloe komen :

lamanya nak kena kukus sampai 4 jam huhuhu..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu