oleh: hishwa {Biskut Suri Quaker Oat}

07092009447-001

Signature cookies mak, sedap dan berkhasiat, susah sikit nak dapat resepi yang tepat sebab mak agak2 ikut sedap tangan je, terpaksalah anaknya buat pemerhatian dan kiraan sendiri masa mak adun biskut, itulah istimewanya air tangan mak


Created on : 10-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hishwa




Share


Bahan-bahan ( 180 biji )

  • 400 g oat original (bukan yang instant)
  • 200 g tepung gandum
  • 170 g gula halus
  • 280 g minyak sapi QBB (bukan nak iklan tapi kalau guna jenis lain, rasa biskut akan berbeza & tidak sesedap ini)
  • 2 biji kuning telur
  • 1/4 cmt serbuk pewarna kuning telur
  • Marjerin untuk melenser loyang

Cara-cara

  1. Masukkan oat, tepung dan gula halus ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata dan ramas sedikit supaya oat agak hancur. Oat tidak perlu dikisar kerana akan menjadi terlalu halus dan menghilangkan rasa aslinya. Jika terlalu kasar pula adunan sukar diterap dengan cantik mengikut bentuk acuan.
  2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut, sebati dan boleh dikepal bulat. Gunakan minyak sapi secukupnya sahaja kerana ia akan menjadi cair dan lebih berminyak. Perlu pandai mengagak kerana jika terlalu berminyak biskut akan kembang. Disarankan gaul menggunakan tangan sahaja supaya boleh merasa kelembutan dan keseuaian adunan.
  3. Panaskan oven, campurkan serbuk pewarna kuning telur dengan kuning telur untuk disapu di atas biskut.
  4. Terap mengikut bentuk kesukaan anda. Acuan asal adalah bentuk bulat menggunakan bahagian belakang acuan biskut aluminium, tetapi sekarang tiada lagi acuan seperti itu, semuanya dibuat dari plastik.
  5. 06092009423
    Susun biskut ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin. Sapu kuning telur ke atas biskut.
  6. Bakar dalam oven suhu 150 darjah Celcius selama lebih kurang 15 minit di atas para bawah (jauh dari api). Perhatikan selalu kerana kuning telur cepat masak. Untuk mengetahui biskut telah masak perlu dilihat di sebelah bawah biskut bertukar menjadi sedikit perang. Kuning telur lebih cantik setakat bertukar menjadi oren.
  7. Biarkan agak sejuk barulah dikeluarkan dari loyang kerana biskut ini agak rapuh semasa panas.
  8. Alaskan dengan kertas minyak untuk setiap lapisan biskut di dalam balang. Selamat mencuba !

Tag

biskut


Laporan Masakan Bergambar (1)

Suri_quaker_oat
13-09-2009
sedap biskut nih...rasa lemak2 manis gitu..cam kombinasi biskut makmur dan quaker oat..best2..mekasih hishwa kongsi resepi emak nih yer.. :)
Laporan oleh: HaSue

Waa.. terharunya sifu masakan HaSue dh try biskut ni, pestaim ada org yg dah cuba resepi sy sejak sy join myR, kalau mak tau mst dia bangga .. tq HaSue, bly varietykn biskut, takle kaler je lain tp rs tepung sama je kan?


Komen (5)

10-09-2009, maladong komen :

hishwa, biskut ni rangup atau gebu. Masa kecik2 dulu selalu makan yang rasanya ranggup, lemak dan wangi. Kalau ini resepinya, malam ni saya nak buat.


10-09-2009, hishwa komen :

Biskut ni agak rangup. Yg penting sukatan minyak sapinya kena betul. Dah cuba nanti bagi feedback ye kalau2 boleh diperbaiki resepinya. Almaklumlah, mak buat pakai mangkuk, 2 mangkuk bumbung oat, 1 mangkuk rata tepung gandum, 1 mangkuk rata gula halus dan minyak sapi ikut sedap tangan, payah sikit saya nak menterjemah jadi timbangan standard, tp yg pasti tiap kali buat rasanya tetap sama sedap, tak tau saya boleh dapat skill ni ke tak


11-09-2009, ridzma komen :

hai, kalau guna oat segera boleh tak?


11-09-2009, hishwa komen :

hai ridzma, kalau pakai oat segera, dia akan kembang sangat sbb oat segera cepat masak, takut hilang shape acuan biskut tu


13-09-2009, hishwa komen :

Waa .. terharunya sifu masakan HaSue dh try biskut ni, pestaim ada org yg dah cuba resepi sy sejak sy join myR, kalau mak tau mst dia bangga .. tq HaSue, blh varietykn biskut, takle kaler je lain tp rs tepung sama je kan ?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu