oleh: Nenie Gulai Ayam Karlio

Gulai_ayam_karlio

Resipi masakan untuk ayam kampung,tapi saya guna ayam biasa je...penggunaan daun kunyit memberikan aroma ala-ala rendang tapi bukan rendang...


Created on : 10-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Nenie




Share


Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • BAHAN TUMIS (Dikisar halus)
  • 5 biji cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 3 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • Sehiris kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut
  • --------------------------------------------------
  • 1/4 ekor ayam kampung (dipotong sederhana besar)
  • 200~300 ml santan
  • 1/4 biji nenas (dipotong ikut suka)
  • Sehelai daun kunyit (dicarik-carikkan)
  • Sedikit daun kesum
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carikkan)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili masak.
  2. Masukkan ayam dan gaul mesra dengan rempah tumisan dan kecutkan lebih kurang 5min pada api sederhana.
  3. Masukkan santan,nenas dan daun kunyit..Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih...jgn sampai pecah minyak.Perisakan dengan garam dan gula.
  4. Masak sehingga pekat..Masukkan daun kesum dan daun limau purut...Sedia dihidang...

Tag

ayam


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

23-09-2009, kikinlala komen :

nampak sedap je...sape y tau ek gulai ayam kuning y ltk daun kesum pnah mkn skali seumo idup je, 2 pn mak kwn y bg tp da lm xjmpe


29-07-2011, Inaniana komen :

tak yah gna dn ksum leh x.....sye x ska bau dn ksum.....he he


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu