Google+

oleh: jannah83 Serunding Popia

100_2564

resepi dr adik. utk yg suka pedas, bolehlah di tambah lagi serbuk cili. GARAM hendaklah di tabur sedikit demi sedikit Hgga secukup rasa. nie gambar yg belum di goreng. nanti, bila dah goreng, nanti jannah akan tukarkan..


Created on : 07-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi jannah83




Bahan-bahan ( 300 biji kot )

  • 500 gm Isi ayam tanpa kulit
  • 2 cawan Kacang tanah yg telah di goreng tanpa minyak
  • 10 gm serbuk cili BABAS
  • 1 sudu makan penuh Serbuk kari daging Babas
  • garam secukupnya
  • 1 sudu makan Gula.
  • 1/2 sudu makan perasa ajinomoto
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 bungkus kecil kulit Popia
  • putih telur secukupnya - utk pelekat
  • minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. Campurkan isi ayam bersama serbuk kari dan goreng sehingga masak. toskan dan biarkan sejuk sebentar.
  2. Bila dah kurang panas, siat-siatkan ayam tadi dan jemur separuh kering.
  3. kemudian kisar ayam hingga halus. ketepikan seketika.
  4. kisar kacang tanah hingga halus dengan putaran laju. JANGAN kisar terlalu lama.Biarkan ianya kering
  5. 100_2570
    Gaulkan ayam tadi bersama kacang kisar,serbuk cili,garam,gula,perasa dan serbuk lada putih. gaul sebati.
  6. 100_2571
    kulit popia di potong kepada 4 bahagian
  7. 100_2572
    letak sedikit inti ayam tadi dan gulung. pelekatkan dengan putih telur..
  8. 100_2575
    panaskan minyak, dan goreng mengunakan api yang perlahan. Supaya popia masak sepenuhnya.
  9. 100_2576
    angkat dan toskan menggunakan tisu manyak.

Tag

cookies








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (17)

07-09-2009, nishinihonjin09 komen :

ape lg bahannya jannah,tak sbr nk buat niih,mcm sdp je......


07-09-2009, jannah83 komen :

sabar.. nah.. dah siap pun.. masih terkebil2 nak taip. maklum la.. baru belajar.. selamat mencuba.. fuhh.. berpeluh juga taip resepi nie. tunggukan gambar cara2 mbuatnya pula.. ;p


07-09-2009, seri sarawak komen :

Resipi yang menarik untuk dicuba. Biasa kalu time raya popia akan jadi pilihan and hot items kat meja tamu. Yang penting intinya mesti sedap.


07-09-2009, bayu-tt komen :

jannah,kalau nak ganti ayam dgn udang,boleh tak?macam mana caranya?


07-09-2009, bayu-tt komen :

jannah,kalau nak ganti ayam dgn udang,boleh tak?macam mana caranya?


08-09-2009, jannah83 komen :

terima kasih seri sarawak.. UTK BAYU-TT : udang tu jannah tak tau apa bhnnya.. ni je la setakat yg jannah tau.. boleh sapa2 tlg bayu tak? jannah kurang pasti pulak boleh atau tak di ganti dengan udang..


09-09-2009, iefa_nabil komen :

brp lama nak jemur isi ayam tu eh?? leh bg anggaran waktu x?? kulit popia tu mmg ada saiz yg kecil ke?? sori..byk sgt soal..hehe


09-09-2009, jannah83 komen :

salam utk iefa.. jemur ayam tu anggaran 3 hgga ke 4 jam cam tu.. anggaran jam, dr pukul 9 pgi hgga pukul 12 tghari.. maksutnya, hampir kering.. tapi jangan terlalu kering.. UTK POPIA : size yg kecil, 125mm x 125mm ( 5" x 5" ) . kalau takde yg kecil, yg size besar pun boleh juga.. potongkan kepada 6 atau 9 bahagian..


09-09-2009, jannah83 komen :

kalau dah buat nanti, sila2 hantar laporan yea... nak juga tengok hasil dr member2 myr nie..


28-09-2009, yong azahairiah komen :

Kalau dah masak boleh simpan berapa lama?


28-09-2009, jannah83 komen :

salam utk yong azahairiah.. popia nie boleh di simpan sehgga berbulan2 lamanya.. bergantung cara seseorang menyimpannya..


26-03-2011, karambit komen :

cuba,,,,


06-08-2011, melda komen :

nak cuba la...untuk buat kuih raye tahun ni...


10-08-2011, Kaseh Mawar komen :

salam.pertama kli tgk rspi srnding bbuh kacang.ada tk resepi yg guna ikan bilis bhnnya..?mksh bg resepi blh jga dcba rya ne..


13-08-2011, warna warni komen :

Salam,kalau buat pkai ikan blis agak2 sedap x...coz ingt nk try buat rya nie..


18-08-2011, hidayahilahi komen :

hurmm dlu wat popia greng pkai chcken floss je..haha xtau nak wat serunding...kali ni try nak buat inti sendiri la...hope sedap..thnx shre resepi sis..


03-09-2011, Sheryz komen :

hhmm...nampak cam sedap..nak try la....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu