oleh: Sharm1969 Ayam panggang asam pedas

Dsc00995

Berdasarkan idea ayam panggang dan ayam percik lada hitam dari MyR dan blog lain.


Created on : 06-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Sharm1969




Share


Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1/2 ayam
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar rempah kari
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit halba
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Asam keping secukupnya
  • 2 cawan santan
  • Untuk lebih masam & hiasan, saya letakkan beberapa keping lemon, lobak merah dan tomato.

Cara-cara

  1. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar sehingga berbau wangi. Kalau suka masukkan sekuntum bunga lawang dan sedikit kulit kayu manis.
  3. Masukkan cili gilling dan sedikit gula dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan rempah kari dan tumis lagi. Hati-2 jangan sampai hangit.
  5. Masukkan santan kacau perlahan jangan sampai naik minyak sehingga mendidih, masukkan ayam, disusuli asam keping. Masukkan sedikit garam.
  6. Agak-agak ayam separuh masak angkat dan masukkan kedalam ketuhar yang telah dipanaskan. Saya panaskan ketuhar pada kepanasan 150 darjah sahaja. Ikut kesesuaian ketuhar tuan/puan.
  7. Dsc00992
    Semasa memanggang ayam ini, saya hias dengan kepingan lemon yang dipotong nipis, sedikit lobak dan sebiji tomato. Ini adalah mengikut citarasa kita.
  8. Bakar/panggang lebih kurang 45-60 minit atau sehingga ayam masak.
  9. SELAMAT MENCUBA dan MENIKMATI HIDANGAN BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

Tag

ayam


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

12-10-2011, nurul2011 komen :

waahhh nmpk sedap... xbar nk try..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu