oleh: kayhanazan Puding Soya

Puding_soya

sejuk je tekak bila makan puding ni..best makan time cuaca panas..bulan2 puasa ni, sesuai time buka nnti..fully rasa soya..kay dpt resepi ni from newspaper..if x silap,pengarang tu kata dapat resepi from mak best friend dia..kay ltak kt sini sbb nk share dgn org lain jg..nak buat pn sangat senang..


Created on : 06-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kayhanazan




Share


Bahan-bahan ( 9-10 orang )

  • 1 liter susu soya (beli yg dlm kotak pn ok--yeos--seasons--marigold)
  • 1.25 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 1 paket agar-agar tali (20 gm)
  • 250 gm gula batu

Cara-cara

  1. Rendam agar-agar tali di dalam 1.25 liter air selama 15 minit sebelum dimasak di atas dapur.
  2. Selepas agar-agar tadi larut (lebih kurang 25 minit) dan mendidih,masukkan susu cair dan gula batu.Kacau sebati.
  3. Selepas gula batu telah larut, masukkan susu soya. Kacau dalam 5 minit. Padamkan api.
  4. Tuangkan larutan agar-agar tadi ke dalam acuan atau mangkuk-mangkuk kecil.
  5. Biarkan sejuk seketika barulah boleh disimpan ke dalam peti sejuk.Kalau simpan awal-awal,puding tak tahan lama.
  6. Hiaskan ikut kreativiti masing-masing. Kat gambar atas tu, saya letakkan nata de coco colourful. Cincau dan cendol pun boleh juga.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

05-09-2010, mama_cute komen :

boleh coba nie nmpak menarik.....


10-08-2011, nor jannati komen :

jana mmg suke soya.... nk try wat puding soya plak... nmpak cm senang jer....


16-08-2011, siti khati komen :

ade ari wak jgk,,budak2 suke cz mnarik colourful


04-11-2011, wasabi komen :

simple tp mesti sedap kn..


28-11-2011, Nesya komen :

Gula batu tu,jenis mcm mana yee..?sy nk cuba buat lah.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu