oleh: aimi_az Almond London

London_almond

All Time Favourite. Almond London ke, London Almond ke, kuihnya sama je. Memang semua orang pun tau buat kuih ni, tapi saje je nak tulis jugak resipi untuk mengingatkan diri sendiri in case tak jumpa buku resipi. :P (Resipi dari Umi)


Created on : 06-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi aimi_az




Share


Bahan-bahan ( >100 biji )

  • 250g Butter
  • 50g Susu tepung
  • 2tbsp Madu lebah
  • 2tbsp Golden syrup
  • 100g Badam dicincang dan dibakar
  • 500g coklat masak, mentega dan minyak jagung untuk hiasan
  • 100g Badam dibakar
  • 450g Tepung Gandum
  • Paper cup secukupnya

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama madu lebah dan golden syrup sehingga kembang.
  2. Masukkan susu tepung dan tepung gandum dan gaul sehingga sebati
  3. Doh1
    Setelah sebati, bentukkan bebola kecil daripada adunan tadi sambil memasukkan badam yang telah dibakar ke dalamnya dan susun di atas tin pembakar
  4. Bakar pada suhu 180 degree celcius selama lebih kurang 20 minit
  5. Doh2
    Setelah masak, sejukkan biskut dan masukkan ke dalam paper cup apabila telah sejuk
  6. Panaskan coklat masakan bersama-sama dengan mentega dan sedikit minyak jagung. Sekiranya anda menggunakan coklat sebenar, anda hanya perlu mencairkan coklat itu tanpa ditambah dengan mentega dan minyak jagung.
  7. Dengan menggunakan sudu kecil, tuang coklat ke atas biskut dan tabukan badam yang telah dicincang dan dibakar itu
  8. London Almond sudah sedia untuk dimakan apabila coklat telah keras.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

07-09-2009, neeruza komen :

emmm.. sya mesti nak cuba resepi nei.. thanx yah..


07-09-2009, aimi_az komen :

neeruza, bagus! silalah mencuba.


08-09-2009, Mz_Ruzyan komen :

Brapa sukatan mentega&minyak jagung?Apa fungsi mengunakn minyak jagung?Nak try sebab tbnyk bahan2nya.


08-09-2009, aimi_az komen :

Mz_Ruzyan, not sure la sukatan mentega dan minyak jagung. selalu saya masukkan sikit2 sebab taknak dia berminyak sangat. butter tuh nak kasi coklat tuh tak keras sangat and minyak jagung pulak untuk kasi coklat berkilat. betul tak sifu2 memasak semua? :P


29-09-2009, zuezainudin komen :

Penah buat dulu tapi tak tau nape coklat die tak nak keras. Sampai 2 ari pun coklat die still lembik. Letak bawah kipas pun tak keras. Nape eh?


03-03-2011, rossilaimas komen :

setahu saya,skrg lg sng.beli coklat masakan di kedai kuih,lps 2 beli pencair coklat skali.so x pyh guna butter & mnyk.


22-08-2011, ssaarr84 komen :

trma kasih sbb share resepi ni, baru terfikir nak buat kuih ni time cuti sekolah nanti ... tp lg sedap kalau bubuh kcg almnd dlm kuih tu kan ....


22-08-2011, ssaarr84 komen :

trma kasih sbb share resepi ni, baru terfikir nak buat kuih ni time cuti sekolah nanti ... tp lg sedap kalau bubuh kcg almnd dlm kuih tu kan ....


22-08-2011, teahilman komen :

kalu x guna madu @ golden syrup tu bleh tak?..ganti gula ising?..sbb resipi yg ada kt saya guna aising sugar tu je,,,nk try resipi ni pulak... patot la esipi ni x guna sugar pun ganti madu ngan syrup tu..okkkk gak


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu