Google+

oleh: umifeeza Puteri Mandi

Puterimandi

sesuai dimakan waktu berbuka @ untuk minum petang


Created on : 05-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi umifeeza




Bahan-bahan ( cukup untuk sekeluarga )

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil air kapur
  • air secukupnya
  • pewarna makanan
  • 1/2 biji kelapa parut putih - lagi sedap kalau dapat yang muda sikit
  • 1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Campurkan tepung pulut dan air kapur ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. Tak warna pun tak apa, tapi selalunya orang buat hijau dan putih aje. Ni anak dara nak buat kaler2...so ikut aja, sbb dia yang nak menggentel.
  3. Sementara tu didihkan setengah periuk air.
  4. Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Buat sehingga habis.
  5. Adunan akan timbul bila dah masak. Mana yang timbul tu angkat guna penapis (penapis teh pun boleh) dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk....ini untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
  6. Untuk kuahnya pula, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
  7. Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
  8. Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.

Tag

kuih-muih









Laporan Masakan Bergambar (4)

P8050080
05-08-2011
memang teringin sgt2 nak mkn puteri mandi ni. dulu2 arwah nenek slalu buat tp dia pakai ubi parut + tepung pulut, mmg sedap. skrg susah nak cari ubi, so pakai tpg pulut je la. tq umifeeza share resipi ni... ampun ye, saya ubah sket guna gula melaka :)
Laporan oleh: F.Rosailin
281020111150
28-10-2011
tadaa..panas lg ni,hihi..hubby suke sgt mkn..org klate pnggil kuih "kepek idung" kikiki
Laporan oleh: cik_zaharah
P1030764
11-01-2012
Alhamdulillah menjadi. Saya anak dara, jadi saya buat kaler2 jgk. hehe
Laporan oleh: hafizah_mfawzi
_dsc0063
29-07-2012
dah try...wat sama2 dgn hubby.... sedap.... thanks ye share resepi...
Laporan oleh: haidirina

Komen (14)

05-09-2009, wahidawati komen :

menarik sebab berwarna warni, biasanya saya buat warna hijau je...


05-09-2009, emarai komen :

saya tak pandai buat...makan je...tapi tak jumpa plak yang colourful macam ni


05-09-2009, Nenie komen :

Lama sungguh tak makan kuih ni...Betul cam cakap Wahidawati,biasa warna hijau je.....Kat Shah Alam tak de jual kuih ni...Alhamdulillah...Dapat gak resipinya kat sini...


05-09-2009, mami wejane komen :

wah nampak colourful...rasa nyer nak coba la anak2 msti suka coz colourful...nak print la lepas nie...


06-09-2009, umifeeza komen :

Salam wahidawati,emarai, nenie dan mami wejane. Saya pun slalu buat warna hijau, tapi skali skala buat coloufull ni sronok gak...cam meriah je time nak makan tu, Tambahan pula yg nak tlg menggentel tepung tu anak so dia request nak kaler-kaler...taklah jemu berdiri lama2 kat dapur, katanya.


06-09-2009, umifeeza komen :

mami wejane, coba jangan tak coba...mmg budak2 suka sbb kaler2.


07-09-2009, hafaza komen :

wah cantiknya... warna warni... ingat dulu2 bulan puasa jiran saya org kelantan selalu bagi kuih yg lebih kurang gini, emm.. sedap, warnanya putih aje, kuahnya campur gula merah... namanya KUIH KEPEK HIDUNG.. ha2...


10-09-2009, tiniewanpa komen :

Salam..nenie...u suka ke makan kuih nie..kalau suka kat restoran hatinie di section 10 shah alam..ada jual...(restoran saya lah tu) heheheh..segala macam kuih muih kelantan ada di sana....restoran hatinie dah berusia 27 tahun....jemput lah jugak kepada rakan2 yang lain...c u there!!


29-09-2009, umifeeza komen :

Nanti balik shah alam boleh pi restoran tinie....


29-03-2011, amoimail komen :

nak try wat...huhuhuh


08-08-2011, Roz'xuan komen :

Baru nak try2 resepi nie...klu dulu kat tawau, sabah besa org bugis yg buat masa ramadhan..memang suka bangat ngan puteri mandi ni..sekali rasa nak lagi...hehehe..;) tq


29-10-2011, ziela_zed komen :

salam...dh siap kuah tu,br masukkan 'puteri2' tu ye kak umifeeza??...x reti la...first time nk wat ni...tergoda tgk puteri mandi akak ni,colourful...hehe


09-12-2011, rahelah komen :

nampak sume makanan kt atas cm sedap jeee....


09-12-2011, rahelah komen :

sy suke kuih ni tp anak xsuke....tu yg mls nk wt xde sape nk mkn...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd