Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Roti krim coklat

 Submitted Byyanimnor On 24 January, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

roti berinti krim coklat. Breadmaker recipe

Ingredients
  • <b>-Doh Roti-</b>
  • 140ml air
  • 20g telur
  • 250g tepung roti
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 3g (1 sudu kecil) dry yeast
  • 8g susu tepung
  • <b>-Krim coklat-</b>
  • 40g coklat
  • 300g susu segar
  • 40g gula
  • 30g tepung jagung
  • 12g mentega
  • 18g serbuk koko
Instructions
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. ON kan.

  2. Sementara itu, sediakan krim coklat. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.

  3. Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.

  4. Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.

  5. Untuk roti pula, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.

  6. Ambik satu doh roti, getel memanjang lebih kurang 25-30cm.

    rotikrimcoklat1.jpg
  7. Kemudian lilit pada kon seperti dalam gambar. Sebelum tu, sapukan kon dengan butter. Buat sampai habis.

    rotikrimcoklat2.jpg
  8. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit.Kemudian bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Selepas siap, biarkan di dalam oven lebih kurang 5-10 minit untuk roti kelihatan lebih perang.

    rotikrimcoklat3.jpg
  9. Keluarkan dari oven, semasa masih panas-panas, sapukan dengan butter cair or suhu bilik untuk nampak lebih berkilat.

  10. TIP: Kalau tak nak buat bentuk ni pun takpe.. boleh buat bentuk bulat dan letak krim coklat di dalam.

  11. Bila roti dah sejuk, keluarkan kon dan pipe kan krim coklat tadi ke dalam roti.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All