Google+

oleh: princessharyati Kacang buncis dengan telur

Finland1_288mr

simple tapi menyelerakan


Created on : 23-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi princessharyati




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
  • 2 biji telur
  • Sedikit isi ayam ( kalu nak guna ikan bilis, sotong, etc, pun bole)
  • 2 ulas bawang merah di tumbuk
  • 2 ulas bawang putin di tumbuk
  • Secubit garam
  • Lada putih (nak letak cili merah pun boleh)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan isi ayam goreng hingga masak.
  2. Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Pecahkan telur ke dalam kuali dan letaklah garam secukup rasa dan lada putih. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap.

Tag

sayur









Laporan Masakan Bergambar (8)

Imgp0224
05-02-2007
Hari ni malas sikit... masak yg senang2. Tambah sedikit kicap pekat & kuning telur yg 1/2 masak... teringat pula mak kat kampung yg suka makan ni. :-(
Laporan oleh: skyblue

huuu menarik, sedap dan menyelerakan lagi bila dimakan panas2

P1000014
12-02-2007
gune kacang peas dan carrot, sodap!
Laporan oleh: minami133

amboi lazat yek.. mesti lagi sedapkan kalu ditambah..itu dan ini

Picture_073
20-07-2007
guna kacang panjang
Laporan oleh: suriHati

amboi lawanye pinggan... menyelerakn nmpk sayur tu.. :-)

Imgp0272
11-08-2008
Dah try tadi..mmg mudah sgt nak buat...modified sket letak cili. kalo dicampur nasi..harus gakss jadi nasi goreng.
Laporan oleh: Dea
Dsc05996
08-11-2009
sedap2:). terubat rindu kat masakan ma .kat mesir ni myresipi memg byk membntu:). tenkiu
Laporan oleh: eqahamdani
120711_kacang_goreng_telur
08-09-2012
guna kacang pjg, xltk ayam pn. senang & confirm laku :)
Laporan oleh: moonbug
121004_kacang_buncis_goreng_telur
04-10-2012
this time guna kcg buncis. simple :)
Laporan oleh: moonbug
Dsc02412
18-10-2012
masak sayur utk lunch..senang n mudah... tenkiu2..
Laporan oleh: k.zila66

Komen (12)

23-01-2007, faziah komen :

Resipi ini akak selalu buat tapi akak gunakan kacang panjang dan masa penyediaan juga 10 minit je. Sesuai untuk suri rumah yang bekerja


23-01-2007, princessharyati komen :

betul2 tu. cepet dan enak.


25-01-2007, Miss_Fieqa88 komen :

budak baru belajar mcm i ni, mmg suka resip mcm ni.. senang nk buat.. n bila msk, parents pk mcm dh terrer msk.. thanks sis.. rajin2 r menghantr resipi yg mudah, cepat n murah..


06-02-2007, Lys komen :

nak tanye la... resepi nie kering ke? maksudnya x berkuah ye?


10-02-2007, princessharyati komen :

masak ni tak de kuah


13-02-2007, ainaibu komen :

saya selalu balik dari kerja lambat....cam sesuai je resipi nih..kebetulan kat rumah ada kacang buncis..mlm nih nak cuba


26-03-2007, syaya komen :

dah cuma last wk...mmg cepat & sedap pula....rasa2nya akan jadi kegemaran sekeluarga.


20-04-2007, MIEJA komen :

ni memang makanan kegemaran mieja ni........


30-06-2008, ana_akmar komen :

ana slalu bt msk ni cdp..mkn ngn ns pon dh cukup..kalu diet laa..hehe..


21-01-2010, hobimakan komen :

salah satu masakan kegemaran ku hehehehe tringat mak kat sabah


18-04-2011, mahligai_jiwa komen :

mmg smple n best. Tambh cerrot potog dadu lebih ceria..


08-01-2013, nurhazirah komen :

Ok gak. Menu paling ringkas untuk dibuat. Best pun best gak. Akan dicuba balik nanti. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu