Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
Rendam sotong putih kering sehingga agak kembang untuk mengeluarkan kotoran dan mengurangkan masin, bilas dan toskan
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis halus
Tumis bahan kisar, masukkan cili kisar, masak hingga cili garing dengan periuk tertutup
Masukkan gula secukup rasa
Masukkan pes asam jawa (saya guna pes asam jawa Adabi) dan sedikit air
Masukkan sotong putih kering, masak lagi hingga sotong mesra dengan sambal
Saya tidak menggunakan garam kerana sotong putih kering dan ikan bilis sudah sedia masin, bagaimanapun terpulang kepada anda untuk menyesuaikan rasa
Sotong putih kering hubby saya beli di Wang Kelian, produk baru hasil laut, mungkin agak sukar mencarinya di Malaysia, bagaimanapun, suatu kelainan kerana tidak liat seperti sotong kembang kering yang biasa
Sesuai dimakan bersama Nasi Lemak Daun Pandan yang wangi