Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Ayam sos lada hitam

 Submitted By On 31 August, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Resepi dari adik yang entah dari mana dia dapat padahal die bukan pandai masak...musykil2! Tapi sedap plak tuh.

Ingredients
  • 2 ketul dada ayam. Dipotong dadu kecil2 atau dihiris nipis2.
  • Bawang putih 8 ulas ditumbuk lumat.
  • Halia dalam 6 inci atau lebih ditumbuk lumat kemudian masukan 4 5 sudu air dan dilenyek dengan lesung, diperah ambil jus nya. Blender lagi senang dengan sedikit air dan tapis.
  • Sos lada hitam 6 sudu besar.
  • Sos tiram 6 sudu besar. Kedua2 sos bergantong kepada kuantiti ayam, kalau banyak ayamnya maka tambahlah lagi sosnya.
  • Perahan limau nipis yang besar 1 atau 2 biji mengikut selera anda.
  • Gula 2 atau 3 sudu pun ikut selera anda.
  • Kicap manis pekat 3 atau 4 sudu.
Instructions
  1. Jika anda rasa dada ayam itu mahal anda bolih guna bahagian lain ayam dipotong kecil2 jugak dalam 1 kilo. Banyak? hehe Percayalah, itu pun takut tak cukup.

  2. Semua bahan bahan diatas di gaul dalam 1 bekas dan diperap dalam peti sejuk selama 4 atau 5 jam bagi mesra macam bob. Perapan itu akan mengeluarkan air nanti jadi bila dimasak tak perlu bubuh air.

  3. Kemudian masukan dalam kuali atau periuk dan masak sehingga kuah jadi pekat. Jika anda guna dada ayam ianya memerlukan masa yang singkat, jika bahagian lain ayam contohnya tulang2, kepak, kaki, selangka, tengkok dan peha ayam masak lama sikit dan tambah air jika perlu.

  4. Tidak perlu minyak. Tidak perlu garam dan tok aji, diulangi tak perlu.. sebab sos tiram dah cukup masin. Dan jika anda nak tambah bahan bahan lain semasa memasak seperti cili merah atau apa2 jenis sayur pastikan bubuh sedikit saja supaya rasanya tak lari ke melaka. Senang kan?

  5. Resepi ini bolih lah dibelasah begitu saja atau dalam bahasa yang lebih sopan, diratah semasa menonton tv cerita CSI-miami musim ke-7 dengan pasangan masing2. Rasa2nya sekilo ayam tak cukup kot. Sesekali mewah macam omputih apa salahnya. Nak makan dengan nasi atau roti pun bolih terpulang pada anda.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments