Google+

oleh: HaSue Kailan Goreng Sos Tiram

Kailan1

Sesuai dihidangkan bersama nasi ayam,nasi putih atau apa jua jenis nasi pilihan anda..ratah pun sedap,cuma kalau nak ratah tu kena kurangkan sedikit sos tiram :)


Created on : 29-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi HaSue




Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 300g kailan/baby kailan/siew pak choy
  • 2 ulas bawang putih-ketuk dan cincang halus
  • 1/2 cawan sos tiram+1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1/3cawan minyak untuk menumis
  • Bawang goreng-untuk hiasan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali.(pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah..Kacau goreng hingga pecah minyak
  3. Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
  4. Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang goreng di atasnya. Siap!SELAMAT MENCUBA ^_^

Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc07230
08-07-2011
salam sue,antar report..heheee...suke msak mcm nee...tq dear^_^
Laporan oleh: k.zila66
Dsc09889
25-04-2012
tq sue, suke dgn resepi nih!
Laporan oleh: k.zila66


Komen (6)

30-08-2009, aida_adawiah komen :

Sue, awak ni banyak menu ye. Sedap2 lak tu...boleh kongsi lagi banyak..saya tgah blaja wat kek..


30-08-2009, HaSue komen :

aida_adawiah > tq..ada laa sikit2..tak laa byk sgt pun.kalo server ok tu baru sempat nak kongsikan kat sini..kalo tak,bleh rujuk kat blog sue yer..nanti ada ms sue share resepi kek lak eh aida :)


03-09-2009, hamzan komen :

tengkiu hamba ucapkan buat tuan hamba atas ilmu yang tuan hamba ajarkan tempohari tentang cara2 mrng aplot gambar disini...sekarang hamba dah master dalam hal itu dan jutaan pujian buat tuan hamba...by the hiway...sayur kailan disebelah ini amat hijau dan rasa macam menu kat restoren 7 bintang gamaknya...sungguh cantik hasil kerja tuan hamba. Pasti sedap gitu...hamba pasti mencobaknya...


09-09-2009, HaSue komen :

hamzan > oh,itu hanya perkara kecil sahaja...tidak usahlah tuan hamba sebut2kan..tahniah juga kerana sudah master dlm hal itu..dan tengkiu juga sudi berkongsi ilmu masakan tuan hamba di sini.. kailan itu kalo ada yang kaler biru mahu juga rasa hamba mencarinya,tp malangnya hijau saja yg wujudnya..janganlah tuan hamba memuji sampai 7 bintang restoran gamaknya..kalo 10 bintang tidak mengapa,hamba rela..resepi ini meskipun mudah tapi rasanya amat enak dimakan menggunakn sudu dan garfu..selamat mencobaknya ya..


19-06-2012, hannayas komen :

mcmn nk upload gmbr?


19-06-2012, hannayas komen :

nk upload laporan


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd