oleh: HaSue Cili Kisar

Nasi_ayam_sos

Untuk hidangan nasi ayam..kalau nak xtra pedas kena tambah cili


Created on : 29-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi HaSue




Share


Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 2-3 tangkai cili merah (kalo boleh guna jenis yg pedas)-potong2
  • 5 biji cili api-yang nih ikut tahap kepedasan sendiri
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1/2 cawan stok ayam(air rebusan ayam untuk membuat nasi ayam)
  • 4-5 biji limau kasturi-1 biji belah 4,buang bijinya,selebihnya ambil jusnya sahaja
  • 1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam pengisar bahan basah termasuk limau kasturi yang dipotong tadi(beserta kulit).
  2. Kisar sehingga halus. Sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan atau disimpan dalam bekas tertutup dalam peti sejuk untuk diguna bila2 masa..SELAMAT MENCUBA ^_^

Tag

pencicah


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

29-08-2009, aida_adawiah komen :

sue, masukkan limau tu blander skali ke... x pahit ke?


29-08-2009, HaSue komen :

aida_adawiah > selama ni buat x pahit la pulak..hehe..yg pahit tu bijinya..sebab tu kena buang bijinya dulu sepenuhnya :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu