oleh: HaSue Onde-Onde Inti Kelapa

Onde2-2

Variasikan inti kuih tradisional yg juga dikenali buah melaka di sesetengah tempat..lebihan inti boleh dibuat kuih ketayap/gulung


Created on : 29-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi HaSue




Share


Bahan-bahan ( 15 Biji (bergantung pada saiz) )

  • UNTUK INTI:
  • 250g gula Apong/gula melaka
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa
  • UNTUK DOH:
  • 250g Tepung pulut
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya
  • BAHAGIAN LUAR:
  • Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. SEDIAKAN INTI:- Kacau goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu. Kacau sehingga gula benar2 cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap,tambahkan sedikit browning sugar. (Jika mahu inti lebih lembap tambakan sedikit air)Padamkan api-inti sedia digunakan
  2. UNTUK KUIH:- 1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat2. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis.
  3. Jerang air dalam periuk(boleh letakkan daun pandan untuk aroma) sehingga mendidih, masukkan bebola doh berinti tadi dan ia akan timbul setelah masak.
  4. Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi.. SELAMAT MENCUBA ^_^

Tag

kuih-muih


Laporan Masakan Bergambar (1)

Imag0009
02-09-2009
slm sue, akak bt x cantik la n x pandai nk isi inti byk sikit, sedap gak mcm ketayap kulit kenyal hehehe, tq sue
Laporan oleh: rosaliza

wkumsalam kakkk..dah cantik ler tuh kak...kalo nak best,kulitnya tuh biar nipis sket tp jgn smpai koyak lak..mmg cam kuih ketayap kan.kalo kat tmpt sue mmg inti kelapa je kak...jrg beno org jual inti gula melaka semata.hehe..mekasih ye akak sudi cuba..cayanggg dia!! :D


Komen (5)

29-08-2009, aida_adawiah komen :

Sedapnya Sue...nak cube la nanti..


29-08-2009, HaSue komen :

insyaAllah sedap..selamat mencuba yer aida :)


29-08-2009, zaifur komen :

terima kasih ....


30-08-2009, HaSue komen :

zaifur > sama2.. :)


17-06-2011, eihing mag's komen :

guna tepung pulut ja ke? 1 jenis tepung je xyah mix ngan tepung gandum?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu