Google+

oleh: hamzan Peria sumbat goreng bercili

Peria_sumbat_goreng_bwg

Resepi ni arwah mak selalu buat....


Created on : 29-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hamzan




Bahan-bahan ( untuk makan sekeluarga dan jiran sebelah jer )

  • 1. 2 biji peria besar yang kaler hijau muda tu. (kalau kecil guna 3 biji)
  • 2. 4 ekor ikan kembong sederhana besar.(ambil isi saja dan ditumbuk lumat)
  • 3. 12 biji bawang merah kecil dan 10 biji cili api.(ditumbuk lumat)
  • 4. 5 biji bawang putih dan 1 1/2 inci halia muda.(juga ditumbuk lumat)
  • 5. Garam, tok aji, gula dan serbok lada hitam ikut selera.
  • BAHAN BAHAN TUMISAN. 1. 5 biji bawang besar dihiris bulat atau ikut suka.
  • 2. 4 biji bawang putih, 3 batang serai, 10 biji cili api ditumbuk.
  • 3. 5 cili merah besar potong ikut suka.
  • 4. Garam, gula, tok aji dan asam limau nipis.

Cara-cara

  1. Cara2_potong_kambas
    Potong peria secara menyerong setebal lebih kurang seinci lebih dan dibelah sisinya sedikit, buang isi peria dengan sudu. Sila lihat tangan model (anak aku) yang sedang menunjukkan cara memotong sisi peria yang telah dipotong serong.
  2. Isi ikan yang telah ditumbuk tadi digaul dengan cili api, bawang, bawang putih, halia, garam, lada hitam, tok aji dan gula.
  3. Bahan2 yang telah digaul tadi diambil sedikit dan disumbat kedalam potongan peria tadi padat2 dan disumbat juga pada belahan sisi peria itu sebagai pasak supaya isi ikan tadi melekat dalam peria. Ini adalah kemestian agar isi ikan itu tidak terjatuh bila dipegang. Bayangkan kalau ianya jatoh tergolek 3meter dari tempat anda makan, tentu memalukan.
  4. Bila semua isi ikan telah disumbat kedalam potongan peria tadi maka gorenglah ia sehingga masak.
  5. Setelah semua sudah digoreng, tumis pula bahan2 tumisan dengan cara anda dan rasa masin manis dan masamnya. Kemudian gaulkan peria goreng tadi sekali dalam kuali, angkat dan hidangkan.
  6. Anda bolih membuat pilihan sendiri samada untuk masak goreng bercili seperti diatas atau buat masak kicap, sambal pedas,sos tomato 3 rasa atau makan begitu saja peria sumbat tu asalkan jangan dibuat sup...hancus nanti.
  7. Mintak mahap kerana gambar kurang memuaskan....biasalah keje lelaki tak berbini, kasar dan tak menarik tapi rasanya mantop!

Tag

peria sayur









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

04-11-2011, aznorn@yahoo.com komen :

en.hamzan,nanti hantar gambar kat saya yang lain ye...gambar tu tak nampak jelaslah, peria yang di sumbat tu tak nampak gambarannya.teringin nak buat.


16-11-2011, rimausukamasak komen :

bagus lah resepi ini, thank you for sharing it.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu