Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
oleh: Hazrini
Pasta dengan Brocoli dan keju 'cheddar'
1) 250 g (8 oz) 'whole wheat' pasta
2) 250 g (8 oz) brokoli, dihiris kecil-kecil
3) 125 g (4 oz) keju cheddar- dihiris nipis
4) 50 g (2 oz) mentega
5) 125 ml 'white sauce'
6) garam dan lada putih secukup rasa
Bahan -bahan untuk 'white sauce'
1) 25 g (1oz) mentega
2) 25 g (1oz) tepung
3) 450 ml (3/4 pint) susu segar
4) sedikit lada putih
Cara-cara membuat 'white sauce'
Cairkan mentega dan masukkan tepung. Masak dengan api sederhana, gaul 1-2 minit. Alihkan dari api dan masukkan susu segar perlahan-lahan. Panaskan semula sehingga mendidih dan kacau sehingga sos pekat dan naik sekali ganda. Tambah garam dan lada putih se
Cara-cara
Didihkan air bercampur sedikit garam. Masukkan pasta dan biarkan masak hingga 8-12 minit sehingga agak lembut.
Kemudian celur brokoli ke dalam air didih tadi sehingga brokoli dan pasta lembut. Angkat dan toskan.
Panaskan kuali dan masukkan keju 'cheddar', mentega dan 'white sauce'. Panaskan dengan api sederhana dan kacau sepanjang masa agar tidak berketul-ketul. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
Masukkan pasta dan brokoli ke dalam kuali dan gaul hingga sebati dengan sos tadi.