oleh: love2cook Maggi Goreng Pedas

Maggi_goreng

Simple dan sedap...;)


Created on : 19-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi love2cook




Share


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 bungkus Maggi (celurkan dlm air yang sudah mendidih, dah lembut..toskan)
  • 4 bawang merah (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar penuh cili kering kisar/ cili boh
  • 2 biji telur
  • 2 ketul tauhu (potong dadu dan digorengkan terlebih dahulu...tabur sedikit garam ketika menggorengnya)
  • sayur (boleh guna sawi/ kubis)
  • kicap cair
  • 4 tangkai cili padi (optional)
  • 1 peket perencah kari Maggi
  • daun bawang (potong kecil2)
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Pecahkan telur, tuang kicap cair dan kacau hingga telur masak.
  4. Tambahkan sayur, cili padi dan tauhu. Kacau rata.
  5. Masukkan maggi mi dan perencah kari maggi. Gaul sebati.
  6. Pastikan maggi goreng anda cukup rasa...kalau tak cukup tambah kicap cair aje.
  7. Dah siap, taburkan daun bawang di atasnya. Sedia dihidang...!
  8. ***Jika x mahu maggi hancur ketika menggaul, buat perlahan2...ataupun gunakan 2 garfu dan gaul.

Tag

mi maggi


Laporan Masakan Bergambar (3)

Maggi_goreng2
10-10-2009
mmg dh lama nk buat maggi grg ni.. tunggu masa yg sesuai je.. akhirnya, hr ni terjadi la jugak.. ;) mmg sedap.. patut la ur hubby selalu request hihihi ;)
Laporan oleh: sunkist

Nyum nyum! Sedapnya maggi goreng Ida nih! ;) Hehe, tenkiu for doing it ya my fren! ;)

Maggie
09-11-2009
terus buat love..dah x tau nk masak apa 4 diner..hehe,cuma fariha buat x berapa pedas.tq!
Laporan oleh: farihafaizal

Wow sedapnya! Tks 4 doing it ya! Pedas tu leh adjust ikut selera kan. ;)

100_2933
04-01-2012
bila dh goreng tu rasa cam byk plak,bole kongsi ngan hubby lg,try wat utk sarapan pg,mmg best! tq! ;)
Laporan oleh: 19911

Komen (3)

19-08-2009, sunkist komen :

heya my friend.. how u doing? sure soddaappp maggi grg tu.. hihihi ;)


09-11-2009, farihafaizal komen :

perghhh...sedap utk dicuba nie..stok maggie pun ada lagi dlm storage x guna2..beli jer tapi simpan..hehe


22-03-2010, sunmin komen :

kalu saya guna yee mee leh x? pastu xde perencah kari megi la.. huhu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu