Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Chang (zong zi)

 Submitted Byskyblue On 20 January, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Atas permintaan Umie... resepi ini dari mak di kampung. Leceh nak buat, tapi sedap dimakan. Boleh disimpan dlm peti sejuk selama 4-5 hari dan panaskan sebelum makan. Pertama kali buat dgn ayam... sedap! Thanks to my photographer :-p

Ingredients
  • 60 helai daun buluh (biar lebih, takut ada yg pecah)
  • Tali untuk mengikat (8x60cm panjang, diikat kat satu hujung dan dibahagikan 3 setiap satu)
  • 1 kg pulut (direndam 3-4 jam)
  • 1 kg ayam atau daging (dipotong 48 ketul)
  • 200gm kacang merah (direndam 1 malam)
  • 24 biji buah belangan kering (direndam semalam)
  • ½ cup (60gm) udang kering
  • 10+2 (stand by) biji kuning telur masin (dibelah dua setiap satu)
  • 24 biji buah belangan kering (direndam semalam)
  • 12 kuntum cendawan shiitake kering (direndam dan dipotong dua)
  • <B>Bahan-bahan untuk Daging</B>
  • *1 sudu besar minyak masak
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 ulas bawang kecil
  • *1 batang kayu manis
  • *1 sudu kecil gula
  • ½ sudu besar serbuk 5 spices
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2½ sudu kecil garam (biar masin, sebab kuah ni diguna utk pulut)
  • ½ cawan air
  • <B>Bahan-bahan untuk Pulut</B>
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang kecil
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • ½ sudu kecil serbuk 5 spices
Instructions
  1. Daun buluh direndam semalam dan direbus ½ jam bersama tali yg dipotong, supaya daun jadi lembut dan senang dilipat nanti.

    CIMG2311.jpg
  2. Bersihkan daun buluh dengan sponge atau kain, potongkan hujung daun yg panjang dan tajam. Rendam dalam air bersih dan diketepikan.

    CIMG2313.jpg
  3. <B>Ayam/Daging:</B> Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan * dan tumis sampai nampak perang sikit. Masukkan daging, cendawan dan buah belangan, dan juga bahan-bahan untuk daging yg lain kecuali air. Goreng sampai dah jadi kering baru tambah air dan masak lagi untuk 15 minit. Padam api dan tapiskan kuah.

  4. <B>Pulut:</B> Panaskan minyak dan tumis bawang bersama udang kering sampai nampak perang sikit. Masukkan pulut dan kacang merah, goreng seketika dan masukkan kuah dari (3). Masukkan juga lada putih dan 5 spices, kacau sehingga serbati dan kering.

    CIMG2314.jpg
  5. <B>Balut:</B> Ambil 2 helai dau buluh seperti dalam gambar. Sebelah yg licin tu untuk dalam. Kalau buat saiz kecil, guna 1 helai daun yg besar.

    CIMG2323.jpg
  6. Lipat daun buluh seperti dalam gambar. Sebelah licin kat dalam.

    CIMG2315.jpg
  7. Isikan sedikit nasi pulut, buat lobang ditengah-tengah seperti dalam gambar.

    CIMG2324.jpg
  8. Masukkan 2 keping daging, 1 keping cendawan, 1 biji buah belangan dan ½ biji kuning telur masin. Letak secukup pulut untuk tutup isinya.

    CIMG2317.jpg
  9. Tutup dgn daun buluh dan tekan sedikit seperti digambar.

    CIMG2318.jpg
  10. Terbalikkan dan buatkan/betulkan tanduk seperti dalam gambar.

    CIMG2319.jpg
  11. Pegang daun kat tepi, lipatkan hujung daun.

    CIMG2320.jpg
  12. Patahkan tulang daun (tapi jagan sampai putus) untuk membentuk tanduk.

    CIMG2321.jpg
  13. Ikat melintang. Jagan ikat terlalu ketat sebab pulut akan kembang sikit bila masak.

    CIMG2322.jpg
  14. Ulang sampai habis.

    CIMG2325.jpg
  15. Panaskan air dan rebus selama 2 jam dgn api kecil. (kena tutup dgn tudung)

    CIMG2326.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All